
‘Fatwa Politik’ Boleh Timbulkan Salah Faham & Cemar Kesucian Ajaran Islam – Menteri Agama
Muhd Na’im menzahirkan perasaan bimbang terhadap kecenderungan segelintir pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak dengan sewang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak lain yang tidak sealiran fahaman dengan kumpulan masing-masing.
Menurutnya, situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan boleh mengancam keselamatan negara.
Beliau berkata demikian susulan tular di media sosial seorang ahli pemimpin sebuah parti politik yang mengeluarkan kenyataan haram mengundi calon daripada parti bertentangan.
“Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlime Pulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (4 September).
Menurutnya, beliau menzahirkan perasaan bimbang terhadap kecenderungan segelintir pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak dengan sewang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya.
Dapat timbulkan salah faham dan mencemar kesucian ajaran Islam
Jelasnya, perkara sedemikian dapat menimbulkan salah faham dalam masyarakat sekaligus mencemarkan kesucian ajaran Islam.
“Penggunaan istilah Haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam maksud.
“Walaubagaimanapun, umumnya masyarakat di Malaysia mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu ‘hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya’,” katanya lagi.
Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum & Fatwa
Berkongsi lanjut, Mohd Na’im berkata Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara serta berharap orang ramai menghormati pihak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik.
“Semua pihak yang terlibat dalam PRK kali ini dinasihatkan untuk bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat. Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.”
Menteri Agama, Senator Datuk Dr Muhd Na’im Mokhtar
Menteri Agama seru semua pihak agar menghormati kesucian agama Islam
Pada masa sama, beliau turut menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
KENYATAAN MEDIA
— Dato’ Setia Dr.Na’im (@DSDrNaim) September 4, 2023
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
BERKENAAN
SARANAN AGAR UMAT ISLAM TIDAK TERPENGARUH DENGAN PIHAK SEWENANG-WENANG MENGELUARKAN HUKUM BERKAITAN SYARAK KERANA BERBEZA ALIRAN DAN FAHAMAN POLITIK pic.twitter.com/xIO9sTsCfY
Muhyiddin Yasin beri kenyataan haram undi calon PH pada PRK Parlimen Pulai nanti
Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata haram hukumnya mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat pada hari mengundi PRK Parlimen Pulai, Johor, Sabtu ini (9 September).
Video ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu ceramah PRK di kawasan tersebut telah sohor di media sosial dan meraih perhatian ramai.
Jangan Undi Suhaizan, Saya Bagi Hukum Haram! – Muhyiddin
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) September 3, 2023
.
.
.#PRKPulai #PerikatanNasional
Video : Hafiz Zaharuddin pic.twitter.com/yD3QbiXeqW