Didakwa Dera Amah, Polis Siasat Bekas Ahli Politik Bergelar Datuk
Terdahulu, tular di media sosial seorang ahli politik yang dipercayai bekas ketua pemuda cabang sebuah parti mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Polis Selangor semalam (4 September) mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung seorang pembantu rumah dicederakan oleh majikannya yang merupakan seorang usahawan dan bekas ahli politik.
Laporan dibuat kira-kira jam 4.16 petang pada 22 Ogos oleh seorang perempuan warga Indonesia yang berumur 57 tahun.
Mangsa Dicederakan Di Kediaman Majikan
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menerima laporan tentang kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di kediaman majikan mangsa.
“Bersabit dengan laporan yang dibuat, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” kata beliau.
Kertas Siasatan Telah Dihantar Ke Timbalan Pendakwaraya
Tambah Hussein lagi, kertas siasatan berhubung kejadian ini telah dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) namun tedapat beberapa maklum balas dan maklumat tambahan yang perlu dilengkapkan.
“Terdapat beberapa arahan yang perlu diambil tindakan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk mendapatkan pertuduhan ke atas suspek,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial seorang ahli politik mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia.
Menurut laporan MalaysiaKini, ahli politik berkenaan dipercayai seorang bekas ketua pemuda cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain Didera, Mangsa Tidak Terima Gaji
Selain daripada mengalami penderaan secara lisan, mangsa turut tidak dibayar gaji selama empat tahun sepanjang tempoh bekerja.
Mangsa yang kini dilindungi oleh Konsulat Indonesia turut mendakwa antara jenis penderaan lain yang dialami adalah dia disuruh menanggalkan pakaian sebelum dicurah dengan air panas sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.
Malah, wanita itu turut diugut akan dipukul sekiranya tidak membuka pakaian namun sekiranya dibuka, dia akan disimbah dengan air panas.
Bukan itu sahaja, mangsa yang berusia 57 tahun dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia turut mendakwa telah dilempar dengan pasu bunga ke arah tangannya dalam posisi tangan direntangkan ke lantai.
Dakwanya lagi, insiden menyebabkan jari kelingkingnya patah sehingga cacat kekal. Mangsa turut mendakwa ditendang, badan dan kepala dihentak selain cuba dilemaskan.
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇.
Posted by Polis Selangor on Monday, 4 September 2023
Baca Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Dirantai Dalam Bilik Air, Didakwa Curi Barang Kemas [VIDEO]
Baca Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Dakwa Didera, Rupanya Lari Curi Barang Majikan Lebih RM10,000 [Video]