fbpx
Now Reading
Isteri Bukan Maid Suami Perlu Bantu Buat Kerja Rumah, Kata Pakar

Isteri Bukan Maid Suami Perlu Bantu Buat Kerja Rumah, Kata Pakar

Menurut Pakar Psikologi Universiti SEGi, tugas seperti memasak dan mengemas rumah perlu dilakukan dengan kerelaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tugas membuat kerja rumah sering menjadi perdebatan di antara kaum Adam dan Hawa. Bagi segelintir lelaki yang berfikiran terbuka, mereka tidak menganggap tugas seperti membasuh dan mengemas diletakkan sepenuhnya kepada bahu isteri.

Namun dalam zaman yang serba moden ini, masih ada lelaki yang berpendapat kerja rumah merupakan ‘tugas hakiki’ sang isteri manakala suami hanya bertanggungjawab mencari nafkah.

Malah sejak belakangan ini, sering kali dilihat luahan perasaan baik suami mahupun isteri mengenai sikap pasangan masing-masing yang berkira terutama dari segi wang ringgit atau melakukan kerja rumah.

Suami Isteri Perlu Saling Bantu Membantu

Menurut Pakar Psikologi Universiti SEGi Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor, tugas seperti memasak dan mengemas rumah perlu dilakukan dengan kerelaan.

“Namun, masalah timbul apabila ada suami harap isteri membuat semua kerja rumah.

“Suami sepatutnya membantu dan saling bekerjasama. Contohnya, suami mengemop rumah, isteri menyapu rumah.

“Jika adanya persefahaman seperti ini, pasti tidak akan timbul mengenai isu isteri dijadikan seperti pembantu rumah seperti yang kita sering baca di media sosial,” katanya yang dipetik Kosmo.

Suami Perlu Anggap Pejabat Isteri Berada Di Rumah

Tambah Mariani, sekiranya isteri bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa, suami perlu memahami dan menganggap pejabat isteri berada di rumah dan kerja hakiki tidak akan habis.

“Suami mempunyai waktu bekerja, misalnya dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Namun, isteri bekerja tanpa henti di rumah tanpa gaji penuh yang dibayar.

“Jika suami mempunyai ekonomi yang kukuh, mungkin dia boleh memberi nafkah yang lebih kepada isteri sebagai tanda menghargai penat lelahnya,” katanya lagi.

Perlu Saling Bekerjasama Kukuhkan Ekonomi Rumah Tangga

Mengulas lebih lanjut dari aspek perbelanjaan dalam rumah tangga, Mariani berpendapat rumah tangga yang harmoni dipikul oleh suami isteri yang bekerjasama mengukuhkan ekonomi mereka.

“Nafkah untuk isteri adalah tanggungjawab suami dan kewajipan suami. Namun, jika keadaan ekonomi suami tidak berapa kukuh, isteri boleh membantu meringankan bebannya,” jelasnya.

Kesimpulannya, besar tanggungjawab suami dan isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Suami bukanlah jurubank dan isteri bukanlah pembantu rumah.

Sebaliknya, kedua-dua mempunyai tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Saran Lelaki Kahwin Cepat, Biar Isteri Buat Semua Kerja Rumah Undang Kecaman Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Sepanyol Cipta Aplikasi Bantu Isteri Pantau Suami Buat Kerja Rumah, Mahu Wujudkan Kesaksamaan Dalam Tugasan Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.