fbpx
Now Reading
Pelajar Dari Malaysia Dinobat Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia

Pelajar Dari Malaysia Dinobat Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia

Selain Wan Amzar seorang lagi rakan sekolahnya iaitu Abdul Muizz Hasanulddin turut mengangkat nama Malaysia apabila digelar pendebat kedua terbaik kejohanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar dari Malaysia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai peserta terbaik bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar, pada Isnin (4 September) lalu.

Apa yang lebih membanggakan, bukan sahaja Wan Amzar, malahan seorang lagi rakan sekolahnya iaitu Abdul Muizz Hasanulddin turut mengangkat nama Malaysia apabila digelar pendebat kedua terbaik kejohanan.

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau lagi, kategori tersebut dimenangi kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu itu bagi kategori Bukan Penutur Jati Bahasa Arab.

“Syabas dah tahniah juga buat dua orang lagi ahli pasukan debat dari negeri Johor, para ibu bapa, guru-guru, jurulatih dan semua pihak di atas kejayaan yang membanggakan ini. Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dorongan semua pihak. Alhamdulillah,” tulis beliau.

Perkara tersebut turut dikongsikan ayah kepada Wan Amzar iaitu Wan Mohd Azlan di akaun Facebook miliknya.

Menerusi hantaran tersebut beliau turut berkongsikan video pendek sewaktu debat itu berlangsung.

Memetik Berita Harian, kejayaan kedua-dua pelajar tingkatan 5 itu mengubat kekecewaan pasukan negara yang sebelum ini gagal ke final selepas dikecewakan pendebat dari Bahrian pada pusingan ketiga.

“Kejayaan ini adalah yang tertinggi di pentas antarabangsa, saya tidak menyangka dinobatkan pendebat nombor satu dunia, lagipun saya bukan orang Arab, apa-apapun syukur Alhamdulillah.

“Kejayaan ini juga membuktikan anak Malaysia juga mampu menggegar dunia walaupun bukan penutur jati dalam bahasa Arab,” kata Wan Amzar.

Selain Wan Amzar dan Abdul Muiz, pasukan negara turut diwakili dua lagi peserta dari selatan tanah air iaitu Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa dari Maahad Pontian Johor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.