fbpx
Now Reading
Pelajar Tingkatan Lima Dicekup Polis, Disyaki Jual Air Ketum

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup Polis, Disyaki Jual Air Ketum

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Kelantan remaja tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tahan reman dan siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang pelajar tingkatan lima yang sepatutnya menumpukan pelajaran tatkala bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dicekup polis kerana air ketum.

Begitulah yang dilalui seorang pelajar lelaki di Kelantan apabila ditangkap oleh pihak polis selepas didapati menyimpan stok air ketum sebanyak 7.5 liter bernilai RM150 disyaki untuk dijual di dalam sebuah stor di Kampung Telong, Bachok.

Tangkapan dilakukan semasa polis melakukan serbuan di sebuah rumah

Difahamkan remaja terbabit ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semasa polis menjalankan serbuan di depan sebuah rumah di kampung tersebut.

“Pemeriksaan di dalam stor itu kemudiannya menjumpai 7.5 liter air ketum bernilai RM150 yang dipercayai untuk dijual.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya dipetik Kosmo hari ini (7 September).

Remaja tersebut ditahan reman untuk siasatan lanjut

Jelas Mohamad Ismail lagi, remaja tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk tahan reman dan siasatan lanjut.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.