fbpx
Now Reading
Kes Rogol Wanita Bergilir-Gilir Di Wangsa Maju, Abang Ipar Mengaku Tidak Bersubahat

Kes Rogol Wanita Bergilir-Gilir Di Wangsa Maju, Abang Ipar Mengaku Tidak Bersubahat

Tertuduh yang merupakan abang ipar mangsa didakwa telah bersubahat bersama rakan-rakannya yang masih bebas dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap adik iparnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang terlibat dalam kes rogol wanita bergilir-gilir di Wangsa Maju mengaku tidak bersalah atas pertuduhan subahat memudahkan perbuatan rogol di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (8 September).

Lelaki yang berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Izralizam Sanusi selepas pertuduhan dibaca terhadapnya.

Bersubahat Dengan Memudahkan Perbuatan Rogol

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah bersubahat bersama rakan-rakannya yang masih bebas dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap adik iparnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri Wangsa Maju di sini antara pukul 2 pagi hingga 3.30 pagi pada 30 Ogos lalu.

Susulan daripada ini, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 107 Kanun Keseksaan serta 375B kanun yang sama yang boleh membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tidak Beri Ikat Jamin

Ketika prosiding dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan jaminan atas alasan masih ada suspek yang belum ditangkap dalam kes ini.

“Sekiranya mahkamah memberikan ikat jamin, pihak pendakwaan bimbang usaha mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kes ini akan tergendala apatah tertuduh adalah ahli keluarga (adik ipar). Mangsa dan tertuduh juga tinggal bersama,” kata Roslizi.

Tertuduh Rayu Diberi Ikat Jamin Atas Alasan Ada Tanggungan, Namun Hakim Menolak

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar dibenarkan ikat jamin atas alasan mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak serta merupakan seorang penganggur.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, hakim Izralizam menetapkan agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

“Penjamin tidak hadir ke mahkamah dan buat masa ini, tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

“Selepas ini, saya beri satu tarikh dan jika ada peluang lantik peguam untuk hujahan mengenai jaminan dan hubungi rakan serta keluarga untuk jadi penjamin,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Oktober sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes seorang wanita berusia 27 tahun dirogol bergilir-gilir oleh lima orang lelaki di sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ketika kejadian terbabit, tangan mangsa diikat dan mulutnya ditekup dengan pita pelekat malah perbuatan keji itu turut dirakam.

Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap abang ipar mangsa pada 2 September lalu di sebuah restoran di Taman Sri Rampai Wangsa Maju.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh membenarkan rakan merogol adik iparnya secara berkumpulan dan bergilir-gilir hanya kerana ingin melangsaikan hutang.

Baca Artikel Berkaitan: Abang Ipar Berhutang Jadi Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Ketika Tidur

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol Wanita Bergilir-gilir Di Wangsa Maju, Polis Cari Muhammad Nuraffiq

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.