fbpx
Now Reading
1,020 Banduan Hukuman Mati Mandatori & Penjara Seumur Hidup Boleh Buat Semakan Hukuman

1,020 Banduan Hukuman Mati Mandatori & Penjara Seumur Hidup Boleh Buat Semakan Hukuman

Menurut Datuk Azalina Othman Said, jemaah Menteri telah bersetuju dengan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah berhubung semakan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup pada 30 Ogos yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 1,020 banduan yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup kini boleh memfailkan semakan hukuman masing-masing di mahkamah.

Ia susulan daripada Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] yang mula berkuatkuasa pada esok (12 September).

Pengumuman ini adalah berikutan daripada penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai yang lalu.

Mekanisme Hasil Sesi Libat Urus Pelbagai Pihak

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, jemaah Menteri telah bersetuju dengan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah berhubung semakan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup pada 30 Ogos yang lalu.

Jelas beliau, mekasnisme ini merupakan hasil daripada sesi libat urus dengan pelbagai pihak antaranya seperti Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPM), Jabatan Penjara Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman (YBGK) dan Majlis Peguam Malaysia.

Keutamaan Diberi Berdasarkan Beberapa Faktor

Tambah Azalina, meskipun kesemua 1,020 banduan berkenaan boleh membuat semakan hukuman masing-masing namun keutamaan adalah berdasarkan beberapa faktor.

“Keutamaan kepada pelaksanaan mekanisme ini merangkumi faktor-faktor seperti umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan-pertimbangan lain,” kata beliau.

Kerajaan juga telah bersetuju agar banduan yang dikenakan hukuman mati dan tidak mampu melantik peguam bagi proses semakan ini boleh mendapatkan khidmat guaman melalui peguam yang dilantik oleh mahkamah.

“Bagi banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),” ujarnya.

Melambangkan Pendirian Kerajaan Dalam Keadilan

Tambah Azalina lagi, kedua-dua khidmat bantuan yang ditawarkan kepada golongan ini menggambarkan pendirian kerajaan dalam memastikan dan memberi keadilan kepada rakyat Malaysia.

“Penguatkuasaan Akta 847 melalui mekanisme yang telah dipersetujui oleh jemaah menteri turut mencerminkan komitmen yang tinggi oleh kerajaan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sejagat,” katanya.

Langkah ini juga membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia sentiasa terpelihara.

“Malahan, ini turut membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan untuk memberi peluang kedua kepada banduan yang dikenakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat untuk kembali kepada masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka,” tambahnya lagi.

KENYATAAN MEDIA PENGUATKUASAAN AKTA SEMAKAN HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN SEPANJANG HAYAT (BIDANG KUASA SEMENTARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN) 2023 [AKTA 847] 11 SEPTEMBER 2023

Posted by Azalina Othman Said on Sunday, 10 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) Berkuatkuasa Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Hukuman Mati Mandatori Sah Dimansuhkan Di Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.