fbpx
Now Reading
Pelakon Superstar India, Rajinikanth Kunjungi Anwar Ibrahim Sertakan ‘Hasrat’

Pelakon Superstar India, Rajinikanth Kunjungi Anwar Ibrahim Sertakan ‘Hasrat’

Menurut Anwar, antara tujuan utama lawatan bintang filem tersebut adalah bagi menyatakan hasrat untuk memasukkan elemen kemasyarakatan berkaitan perjuangan beliau dalam filem yang bakal dibintangi oleh pelakon itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon filem superstar India, Rajinikanth? Rata-rata filem yang dibintanginya nyata memberi kesan kepada penonton kerana penuh dengan aksi yang luar biasa.

Ini yang menjadikan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri baik dalam mahupun luar negara tanpa mengira pangkat atau agama.

Semalam (11 September), pelakon utama filem Sivaji:The Boss ini telah membuat kunjungan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Mahu Masuk Elemen Perjuangan Anwar Ibrahim Dalam Filem

Kunjungan Rajinikanth itu diumumkan oleh Anwar melalui akaun Facebook rasminya petang semalam (11 September).

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa,” tulis beliau.

Menurut Anwar, antara tujuan utama lawatan bintang filem tersebut adalah bagi menyatakan hasrat untuk memasukkan elemen kemasyarakatan berkaitan perjuangan beliau dalam filem yang bakal dibintangi oleh pelakon itu.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” ujarnya.

Difahamkan, aktor filem ini telah tiba di Malaysia pada malam Sabtu (9 September) menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Untuk info, Rajinikanth atau dikenali sebagai The Boss telah terlibat dengan industri hiburan sejak lima dekad yang lalu dan membintangi lebih 160 filem.

Malah, kali pertama beliau datang ke Malaysia secara rasminya adalah pada tahun 2016 bagi menjalani penggambaran filem ke-159 iaitu Kabali.

Filem yang telah ditayangkan pada 14 April 2016 turut melibatkan tiga orang pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan.

Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia…

Posted by Anwar Ibrahim on Monday, 11 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Sangka.. Terbaiklah!” – Netizen Terkejut Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Teruja Dipilih Nyanyi Lagu ‘Menjaga Cintamu’ Untuk OST Filem Anwar: The Untold Story

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.