fbpx
Now Reading
Tuduh PM Peliwat, Khairuddin Dakwa Radzi Jidin Buat Jenayah Qazaf

Tuduh PM Peliwat, Khairuddin Dakwa Radzi Jidin Buat Jenayah Qazaf

Radzi sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan jelik kepada Anwar Ibrahim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 19 September lalu, berlaku kekecohan di Dewan Rakyat sehingga Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin diarahkan keluar oleh Speaker, Tan Sri Johari Abdul.

Perkara itu berlaku semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut pentadbiran sebelum ini yang juga ada membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bagi beberapa kes lalu.

Beliau ketika itu turut mendakwa bahawa Ahli Parlimen berkenaan juga ada melakukan hal sama ketika pihak terbabit mentadbir negara.

Radzi minta Anwar tarik kenyataan kerana boleh mendatangkan sangkaan jahat

Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, Radzi kemudian telah bangun dan meminta agar Anwar menarik kenyataan tersebut dengan menggunakan Aturan Mesyuarat 36 (6) kerana mendatangkan sangkaan jahat.

Malah beliau turut menyifatkan ia adalah tindakan melampau. Radzi kemudian meminta Johari untuk membuat keputusan agar PM menarik semula kenyataannya.

Radzi didakwa keluarkan kenyataan jelik kepada PM ketika di Parlimen

Beliau juga didakwa telah mengeluarkan kenyataan jelik dengan mengatakan ‘Tambun peliwat’.

“Saya mohon tarik balik, Speaker, Speaker kalau saya kata saya yakin Tambun peliwat,” dakwanya ketika bersidang di Parlimen.

Tuduhan Radzi kepada PM didakwa sebagai jenayah qazaf

Ekoran daripada kenyataan itu, ia telah mengundang perhatian ramai pihak termasuk Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyatakan tuduhan tersebut adalah jenayah qazaf.

Jenayah itu termasuk di dalam kategori jenayah hudud dalam Islam iaitu menuduh seseorang muslim melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi mata.

“Jenayah qazaf adalah dosa besar dalam Islam. Ia menjadi salah satu kesalahan jenayah Syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam parlimen tanpa sebarang teguran sedangan dalam parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara,” ujarnya di Facebook.

Dia dalam masa sama turut menasihatkan agar Bekas Menteri Pendidikan itu untuk segera bertaubat kepada Allah SWT kerana didakwa melakukan jenayah besar dalam Islam.


Apa itu qazaf?

Memetik laman sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, qazaf dari segi istilah adalah menuduh seseorang yang baik berzina atau menafikan keturunannya.

“Adapun melemparkan tuduhan-tuduuhan yang lain daripada zina dan menafikan keturunan seperti melemparkan tuduhan kufur,mencuri, minum arak dan sebagainya termasuk mencerca, memaki hamun yang bertujuan untuk menghina makan pesalah-pesalah yang tersebut tidak dikenakan hukuman had tetapi dikenakan hukuman takzir,” katanya.

Terdapat dua jenis qazaf iaitu qazaf pesalah akan dikenakan hukuman had dan qazaf di mana pesalah akan diberikan hukuman takzir.

Punca bagi kesalahan qazaf adalah:

  • Membuat tuduhan palsu
  • Mencerca
  • Memaki dan sebagainya

Ini kerana, Islam itu sendiri menggalakkan Muslim untuk sentiasa bercakap benar walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai qazaf, rujuk di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.