fbpx

Tular Video Budak 4 Tahun Lemas Dalam Kolam, Polis Tahan Abang Tiri Mangsa

Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan lemas ketika mandi dalam kolam renang di sebuah apartment Bangi pada 13 September lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden seorang kanak-kanak perempuan yang lemas ketika mandi di dalam sebuah kolam renang di apartment Bangi, 13 September lepas.

Menerusi video yang dimuat naik kelihatan kanak-kanak perempuan itu awalnya berenang di dalam kolam berkenaan dengan menggunakan pelampung.

Kanak-kanak terbalik dari pelampung sebelum lemas

Namun tidak lama selepas itu kelihatan kanak-kanak berkenaan terbalik daripada pelampungnya dan terkeluar dari alat tersebut.

Insiden menyebabkan kanak-kanak berkenaan terkapai-kapai sebelum lemas dalam kolam terbabit.

Walau bagaimanapun, ketika kejadian kelihatan seorang lelaki yang berada berhampiran kolam berkenaan dan hanya melihat kanak-kanak terbabit ketika lemas.

Polis tahan abang tiri mangsa

Susulan dari kejadian tersebut, polis telah menahan seorang lelaki iaitu abang tiri kepada kanak-kanak berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut sekitar 12.52 tengah hari, pada 14 September.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikatakan lemas ketika mandi kolam

Laporan berhubung kes tersebut dilakukan oleh seorang Pegawai Perubatan yang menerima pesakit berusia 4 tahun itu selepas mangsa dihantar ke Hospital Serdang dari sebuah klinik di Bangi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikatakan telah lemas ketika mandi kolam renang.

“Setelah mendapat rawatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 14 September jam lebih kurang 1.11 tengah hari. Kes pada awalnya diklasifikasikan sebaga mati mengejut (SDR).

“Hasil pemeriksaan lanjut, pada 23 September rakaman CCTV baru dapat diakses kerana sebelum ini ianya terdapat masalah teknikal.

“Hasil penelitian rakaman CCTV tersebut pada 13 September ternampak kelibat disyaki abang tiri mangsa berada di tepi kolam sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat mangsa yang sedang lemas dalam kolam tersebut, tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” jelasnya lagi.

Polis tahan suspek, kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001

Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Daerah Kajang telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Suspek turut direman sehingga 30 September.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016 998 5730 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.