fbpx
Now Reading
Gadis Didakwa Jadi Mangsa Rogol Bapa Angkat Selama 2 Minggu Berturut-Turut

Gadis Didakwa Jadi Mangsa Rogol Bapa Angkat Selama 2 Minggu Berturut-Turut

Menurut polis, gadis berkenaan didakwa telah dirogol selama dua minggu berturut-turut sebelum disedari ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu rogol bukanlah suatu perkara yang baharu, malah jenayah ini sudah menjadi semakin berleluasa.

Lebih parah lagi si pelaku juga tidak mengira siapakah mangsanya apabila turut menjadikan ahli keluarga sebagai pemuas nafsu.

Gadis jadi mangsa rogol bapa angkat

Perkara sama turut berlaku kepada seorang gadis berusia 19 tahun apabila didakwa menjadi mangsa rogol bapa angkat selama dua minggu berturut-turut dalam bilik sendiri tanpa rasa belas kasihan.

Difahamkan kejadian berlaku di perumahan Sungai Tengi Kanan di Tanjong Karang, Selangor.

Perkara itu mula terbongkar apabila ibu kepada gadis berkenaan yang berusia 41 tahun mengambil mangsa lalu dibawa ke balai polis.

Kali terakhir dirogol pada 27 Mac sebelum bapa angkat menghilangkan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa kali terakhir gadis itu dirogol oleh bapa angkatnya itu adalah pada jam 1 pagi, 27 Mac lepas.

“Bapa angkat wanita itu masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Perkara ini berlaku dua minggu berturut-turut sejak mangsa duduk dengan suspek.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Kata beliau lagi, selepas insiden itu, bapa angkat yang berusia 43 tahun itu telah menghilangkan diri.

Berjaya diberkas 26 November di Johor

Walau bagaimanapun, pada 26 November (Ahad) suspek akhirnya berjaya dikesan dan ditahan di daerah Seri Alam, Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.