fbpx
Now Reading
“Pasport Hilang & Jam Dicuri” Hikmah Sebalik Ujian, Dr Syazwani Dipuji Selepas Bantu Warga Emas Pengsan Dalam Pesawat

“Pasport Hilang & Jam Dicuri” Hikmah Sebalik Ujian, Dr Syazwani Dipuji Selepas Bantu Warga Emas Pengsan Dalam Pesawat

Menurut Dr Syazwani, beliau berdepan dengan pelbagai ujian daripada Allah SWT sebelum penerbangan Turkish Airlines ke Kuala Lumpur, antaranya kecurian jam tangan dan kehilangan pasport.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi, kita telah dipupuk dan diajar untuk sering membantu orang lain tanpa mengira bangsa, agama, atau budaya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti akan berbangga sekiranya ada ‘orang kita’ yang berada di luar negara dapat memberi sumbangan atau bantuan terhadap orang lain.

Doktor Malaysia bantu warga emas Turkiye pengsan dalam pesawat

Seperti baru-baru ini, tular seorang pakar perubatan warganegara Malaysia memberi bantuan cemas kepada penumpang warga emas yang pengsan di dalam sebuah pesawat Turkish Airlines.

Menerusi ciapan di akaun Twitter @senalkaff, lelaki dikenali sebagai Mohsen Alkaff juga merupakan rakyat Malaysia yang turut berada di dalam pesawat sama yang sedang dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

Warga emas tiba-tiba pengsan kerana tekanan darah tinggi

Jelasnya, ketika dalam perjalanan, seorang wanita warga emas yang berasal dari Turkiye itu secara tiba-tiba pengsan kerana tekanan darah tinggi.

Susulan itu, keadaan di dalam pesawat bertukar menjadi cemas sebelum doktor berkenaan yang dikenali sebagai Dr Syazwani tampil menyelamatkan mangsa.

“Saya menaiki penerbangan Turkish Airlines pulang ke Kuala Lumpur dari Istanbul. Seorang wanita warga emas Turki pengsan akibat tekanan darah tinggi.

“Seluruh pesawat panik sehingga seorang doktor dari Malaysia, Dr Syazwani datang menyelamatkan. Satu kisah penyelamat yang hebat. Sungguh saya berbangga dengan Dr Syazwani,” ciapnya.

Dapat pujian Turkish Airlines

Bukan itu sahaja, beliau turut mendapat pujian dari syarikat penerbangan itu yang menzahirkan rasa bangga di atas usahanya membantu pesakit berkenaan.

Dr Syazwani sedang mengandung dan diuji dengan pelbagai ujian

Namun siapa sangka, di sebalik kisahnya membantu warga emas terbabit, rupanya Dr Syazwani baru sajaha berdepan pelbagai ujian sebelum menaiki pesawat berkenaan.

Menerusi hantaran Dr Syazwani di Facebook, beliau yang sedang mengandung itu telah diuji dengan kecurian jam tangan selain ‘drama’ kehilangan pasport beberapa jam sebelum penerbangan.

“Selepas pelbagai ujian yang Allah SWT berikan, dengan kehilangan pasport, dengan kecurian jam tangan dan Allah masih datangkan kekuatan untuk ibu mengandung ini dalam membantu orang lain.

“Ku terima dengan redha setiap ujianMu, ku juga sangat-sangat bersyukur dengan sesungguhnya atas nikmat yang kau berikan,” tulis Dr Syazwani.

Lebih mencuri tumpuan, semuanya bagai tertulis apabila beliau dan keluarga berjaya menjumpai pasportnya kembali beberapa minit sebelum penerbangan berlepas sekaligus dapat menaiki pesawat pada saat akhir.

Kisah ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran Facebook berbeza sebelum kisahnya membantu warga emas itu sohor di media sosial.

Difahamkan, Dr Syazwani merupakan pemilik sebuah klinik perubatan swasta di Seremban dan Rembau dan kandungannya ketika itu telah mencecah 26 minggu.

Pasti ada hikmah disebalik ujian yang Allah SWT berikan… Well done! Dr Syazwani…

Netizen beri pujian dan bangga dengan tindakan Dr Syazwani

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Dr Syazwani yang masih kuat membantu warga emas terbabit ketika sedang hamil dan menghadapi pelbagai dugaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.