fbpx
Now Reading
Kes 4 Sekeluarga Dilaporkan Hilang: Telefon Bimbit Rosak Punca Gagal Dihubungi

Kes 4 Sekeluarga Dilaporkan Hilang: Telefon Bimbit Rosak Punca Gagal Dihubungi

Terdahulu, berita kehilangan Suraidah, anak lelaki serta dua orang cucunya mula tular di media sosial pada Isnin (2 Oktober) apabila salah seorang ahli keluarganya memuat naik hantaran berhubung kehilangan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Isnin (2 Oktober) yang lalu, tular di media sosial berhubung kes kehilangan empat sekeluarga selepas bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Ia mula menjadi bualan hangat di media sosial apabila salah seorang ahli keluarga berkenaan memuat naik hantaran di akaun Facebook Ah Pek, bagi meminta bantuan orang ramai untuk mencari empat orang ahli keluarganya yang hilang selepas gagal dihubungi.

Namun, misteri kehilangan ibu mentua, adik serta dua orang anaknya terjawab apabila Ah Pek telah memuat naik hantaran terbaharu mengatakan bahawa kesemua ahli keluarganya itu telah selamat pulang ke rumah di Kluang, Johor semalam (3 Oktober).

Alhamdulilah ibu mertua,adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua…

Posted by Ah Pek on Tuesday, 3 October 2023

Telefon Rosak Punca Gagal Dihubungi

Menurut ibu mentua Ah Pek yang dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani, kerosakan telefon bimbit akibat dimasuki air ketika aktiviti ‘snorkeling’ di pulau peranginan itu menjadi punca dia dan tiga ahli keluarganya gagal dihubungi.

Tambah Suraidah, aktiviti itu merupakan antara sebahagian daripada rancangan percutian mereka ke Terengganu.

“Bila telefon saya dan Aiman masuk air disebabkan beg yang digunakan untuk ‘snorkeling’ bocor, keadaan menjadi kelam kabut. Saya cuba buka semula telefon tetapi gagal.

“Banyak nombor telefon kami tidak ingat, lepas itu Aiman ada guna ipad untuk hubungi kakaknya tetapi tidak mendapat jawapan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Keluar Dari Pulau Lebih Awal, Teruskan Perjalanan Ke Kuala Terengganu

Menurut Suraidah, oleh kerana salah seorang cucunya yang dikenali sebagai Sasa Alesha mengalami demam panas, dia mengambil keputusan untuk mendaftar keluar lebih awal pada 1 Oktober dari pulau itu.

“Saya dan Aiman membawanya ke Klinik Kesihatan Kuala Besut untuk mendapat rawatan. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu selepas itu.

“Perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa agak lama kerana saya tidak dapat menggunakan aplikasi ‘waze’ disebabkan telefon bimbit rosak, ipad pula tiada ‘wifi’. Kami terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan untuk gunakan ‘wifi’ di kedai-kedai,” katanya lagi.

Empat sekeluarga itu kemudiannya tiba di Kuala Terengganu pada malam Ahad (1 Oktober) dan pulang Kluang, Johor pada pagi Selasa (3 Oktober).

“Saya sudah berjanji dengan cucu-cucu untuk berjalan di Kuala Terengganu, melawat Masjid Kristal dan Muzium Terengganu. Kami berada di Kuala Terengganu pada Isnin dan mulakan perjalanan pulang ke Kluang pada pagi Selasa,” ujarnya.

Hanya Sedar Berita Tular Setelah Sampai Ke Rumah

Tambah Suraidah lagi, dia hanya menyedari berita kehilangan dia, anak serta dua orang cucunya apabila tiba di rumah pada jam 2.00 petang semalam (3 Oktober).

“Saya hanya menyedari berita yang tular mengenai kehilangan kami di Pulau Perhentian sebaik tiba di rumah pada 2 petang Selasa (3 Oktober). Saya tidak sangka, ia tular,” katanya.

Pada masa yang sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tidak berdepan dengan kesukaran walaupun telefon bimbit rosak.

Malah, Suraidah turut merakamkan penghargaan buat rakyat Malaysia di atas keprihatinan terhadap mereka sekeluarga.

 “Alhamdulillah, kami semua sihat dan selamat. Terima kasih atas keprihatian rakyat Malaysia serta memohon maaf kerana kehilangan kami yang sekejap ini dilihat menyusahkan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, berita kehilangan Suraidah, anak lelaki dan dua orang cucunya mula tular di media sosial apabila salah seorang ahli keluarganya memuat naik hantaran berhubung kehilangan mereka.

Malah, laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada Isnin (2 Oktober) yang lalu.

Namun, polis menganggap kes ini telah selesai susulan pengesahan yang diterima daripada ahli keluarga mereka berhubung kepulangan empat individu ini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.