fbpx
Now Reading
Didakwa Cabul ‘Caddy’ Golf, Polis Panggil 2 Pegawai Kanan Tentera

Didakwa Cabul ‘Caddy’ Golf, Polis Panggil 2 Pegawai Kanan Tentera

Menurut polis, kedua-dua pegawai kanan tentera yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan itu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berusia 21 tahun di Melaka mendakwa dirinya dicabul oleh dua pegawai kanan tentera ketika sedang bekerja di sebuah kelab golf di Alor Gajah.

Laporan mengenai insiden itu telah dibuat oleh wanita berkenaan yang juga seorang kedi (caddy) di kelab golf terbabit pada 5 Oktober lalu.

Polis panggil 2 pegawai kanan tentera, buka kertas siasatan

Susulan daripada laporan itu, Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah memaklumkan polis telah bertindak memanggil dua anggota terbabit pada 6 Oktober.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita tersebut mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

“Berdasarkan kepada laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Dua pegawai bertugas di kem tentera di Negeri sembilan

Pegawai kanan tentera yang dipanggil itu masing-masing berusia 51 tahun dan 52 tahun dan dilaporkan bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, polis turut mendapat dua laporan daripada salah seorang pegawai serta rakan sekerja mangsa berhubung insiden tersebut.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

“Satu laporan dibuat oleh rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan dia tidak melihat kejadian berkenaan. Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan,” kata beliau lagi.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Hampir Maut Ditikam Isteri Selepas Minta Izin Nak Jadikan ‘Caddy’ Golf Perempuan Simpanan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.