fbpx
Now Reading
Palestin Sah Tarik Diri Dari Pestabola Merdeka 2023, Tak Dapat Terbang Ke Kuala Lumpur

Palestin Sah Tarik Diri Dari Pestabola Merdeka 2023, Tak Dapat Terbang Ke Kuala Lumpur

FAM juga membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket bagi semua kategori meskipun kini membabitkan hanya satu perlawanan pada 13 dan 17 Oktober itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini (10 Oktober) mengumumkan pasukan Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023 kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan pada ketika ini.

Bagaimanapun, FAM menerusi satu kenyataan berkata, format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 edisi ke-42 itu akan dikekalkan biarpun ia kini disertai hanya tiga pasukan iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.

Jadual asal Palestin bertemu Tajikistan dan Malaysia bertemu India pada Jumaat ini

Menurut FAM, Palestin sepatutnya bertemu Tajikistan pada waktu petang dan Malaysia akan bertarung dengan India di sebelah malam pada Jumaat (13 Oktober) ini.

“Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam) pada Jumaat, 13 Oktober 2023, yang mana dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang).

“Manakala dua pasukan yang menang akan ke final (9.00 malam) pada Selasa, 17 Oktober 2023, dengan kesemua empat perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” kata FAM.

Malaysia kekal bertemu India, Tajikistan akan terus ke final

Namun berdasarkan situasi terbaharu, FAM berkata Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat 9 malam (13 Oktober) di Stadium Nasional manakala Tajikistan akan terus ke final.

“Tajikistan akan terus layak ke Final pada Selasa, 17 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional untuk bertemu pemenang perlawanan Malaysia dan India.

“Ini bermakna, hanya satu perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan satu perlawanan pada Selasa, 17 Oktober 2023 iaitu tiada perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari tersebut,” katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, perubahan format tersebut adalah solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan selepas mengambil kira kekangan masa berikutan penarikan diri pasukan Palestin.

Harga tiket dikekalkan walaupun hanya ada satu perlawanan untuk kedua-dua hari

Dalam pada itu, FAM juga membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket bagi semua kategori meskipun kini membabitkan hanya satu perlawanan pada 13 dan 17 Oktober itu.

Ujar FAM, perkara ini terpaksa dilakukan untuk bersikap adil kepada kira-kira 25,000 penyokong yang telah membeli tiket bagi menyaksikan kedua-dua hari perlawanan.

Pestabola Merdeka diadakan sempena merai ulang tahun kemerdekaan Malaysia

Untuk info, Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.