fbpx
Now Reading
Lelaki Parah Ditikam Di Pulau Pinang Gara-Gara Masalah Hutang

Lelaki Parah Ditikam Di Pulau Pinang Gara-Gara Masalah Hutang

Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan lia tikaman dibahagian kaki dan juga perut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (11 Oktober), berlaku satu kejadian gaduh di sebuah pasar awam di Pulau Pinang sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia 26 tahun cedera parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong pihaknya telah menerima laporan berhubung kes pada hari sama jam 3.00 petang.

Mangsa berlumuran darah di dalam kereta, cedera ditikam di kaki dan perut

“Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 3.10 petang anggota MPV dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut telah sampai ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa di dalam kereta dalam keadaaan cedera dan berlumuran darah akibat ditikam menggunakan senjata tajam,” jelasnya.

Ujarnya, mangsa turut dilaporkan mengalami kecederaan luka tikaman di bahagian kaki serta perut.

Mangsa dilaporkan stabil, punca pergaduhan kerana hutang

Susulan itu, dia kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah hutang.”

Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut kemudiannya berjaya menahan seorang suspek yang merupakan warga tempatan di kawasan Macallum, Georgetown pada 6.40 petang. Suspek yang ditahan disyaki terbabit dengan kejadian tersebut

Suspek ada satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah

Suspek yang ditahan berusia 51 tahun turut didapati mempunya satu rekod lampau berkaitan dadah namun hasil saringan air kencingnya adalah negatif dan bebas dari sebarang jenis dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” katanya lagi.

Tambah Soffian lagi, permohonan reman turut akan dilakukan terhadap suspek bagi siasatan lanjut.

Beliau dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat bahagian siasatan jenayah IPD Timur Laut, ASP Linkeswaran A/L Kanapathy di talian 04 2218 1831 untuk membantu siasatan.

Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan sebarang gambar atau video berhubung insiden terbabit.

Menurut Harian Metro, suspek merupakan seorang peniaga nasi ayam.

Dalam laporan sama, insiden dikatakan berlaku di sebuah pasar awam Lebuh Cecil.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.