fbpx
Now Reading
Belanjawan 2024: Kerajaan Terus Tanggung Bayar Ujian Lesen Motosikal Kelas B2, e-Hailing & Teksi

Belanjawan 2024: Kerajaan Terus Tanggung Bayar Ujian Lesen Motosikal Kelas B2, e-Hailing & Teksi

Selain itu, kerajaan juga akan memberi 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak yang akan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (13 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat.

Jumlah Belanjawan 2024 sebanyak RM393.8 bilion yang diumumkan adalah yang tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah.

Kerajaan tanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi

Anwar semasa pembentangan itu berkata, kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Menurut Anwar, lanjutan ini berikutan sebahagian pendapatan yang diraih hasil daripada penjualan nombor plat khas akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang mampu.

Kredit: Malaymail

Dalam masa yang sama, ujian lesen e-hailing dan teksi juga akan ditanggung kerajaan sekaligus dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu, kerajaan juga akan memberi 100 ribu topi keledar secara percuma termasuk untuk kanak-kanak yang akan diagihkan kepada keluarga kurang mampu.

Kerajaan perkenal ikhtiar FLYsiswa, subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar

Menurutnya lagi, kerajaan juga akan memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

“Tahun hadapan, ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar keluarga kurang mampu,” katanya.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah lebih RM8 bilion untuk membaiki jalan raya diseluruh Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.