fbpx
Now Reading
Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk Lebih RM8 Bilion Untuk Baiki Jalan Raya Di Seluruh Malaysia

Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk Lebih RM8 Bilion Untuk Baiki Jalan Raya Di Seluruh Malaysia

Selain itu, kerajaan juga memperuntukan RM100 juta bagi penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (13 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat.

Jumlah Belanjawan 2024 sebanyak RM393.8 bilion yang diumumkan adalah yang tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah.

Kerajaan peruntuk RM8.2 bilion untuk baiki jalan persekutuan dan jalan negeri

Cakna dengan kemalangan yang berlaku di Malaysia, kerajaan telah memperuntukan RM2.8 bilion untuk menyelenggara jalan dan jabatan persekutuan dengan RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4.

Kerajaan juga menyalurkan RM5.4 bilion kepada kerajaan negeri di bawah peruntukan MARRIS untuk memastikan jalan negeri juga dalam keadaan terbaik untuk rakyat.

“Khidmat Jurutera Daerah akan terus diperkasa bagi segera menangani aduan kecil dan luar jangka melibatkan Jalan Persekutuan.

“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 kepada 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta,” katanya.

Kredit: Malaymail

RM100 juta untuk penyelenggaraan lampu jalan, ganti kepada jenis LED

Selain itu, kerajaan juga memperuntukan RM100 juta bagi penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikannya kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.

“RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan PBT seluruh negara,” katanya lagi.

RM50 juta untuk baikpulih kawasan kemalangan termasuk naik taraf lampu isyarat

Berkongsi lanjut, Anwar berkata RM50 juta turut disediakan untuk membaikpulih kawasan berkemalangan tinggi antaranya menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan bagi membantu mengurangkan kesesakan laluan trafik.

Kredit: RTM
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.