fbpx
Now Reading
Muat Naik Beberapa Hantaran Video Lucah, Akaun Rasmi Facebook SPA Perak Digodam

Muat Naik Beberapa Hantaran Video Lucah, Akaun Rasmi Facebook SPA Perak Digodam

Semalam (16 Oktober), warganet dikejutkan dengan beberapa hantaran video lucah dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini tidak dapat dinafikan lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari, bidang teknologi semakin berkembang dengan pesat.

Perkembangan ini sememangnya memberi kesan kepada setiap orang. Ia mampu memudahkan kehidupan seharian melalui aplikasi atau teknologi terkini yang boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Namun, tidak semua individu memanfaatkan teknologi sedia ada. Ada segelintir daripada kita yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi dengan melakukan perkara yang tidak baik seperti ‘menggodam’ laman web terutama laman web rasmi kerajaan.

Hantaran Penuh Dengan Video Lucah, Akaun Rasmi Facebook SPA Perak Digodam

Semalam (16 Oktober), warganet dikejutkan dengan beberapa hantaran video lucah dimuat naik menerusi akaun Facebook (FB) rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak.

Hantaran tersebut dipercayai dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun berkenaan sejak tengahari semalam.

Hasil semakan kami mendapati, video terakhir yang dimuat naik adalah pada jam 9.00 malam tadi.

SPA Keluarkan Kenyataan Rasmi Melalui Laman Web

Susulan daripada insiden ini, SPA Perak menerusi satu kenyataan di laman web rasmi https://spa.perak.gov.my/ memaklumkan bahawa laman facebook rasmi telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui Laman Web ini. Terima kasih,” kata SPA Perak menerusi kenyataan pada 16 Oktober.

Malah, menerusi kenyataan terbaharu hari ini (17 Oktober), SPA Perak memaklumkan bahawa tindakan telah diambil berhubung insiden berkenaan.

Pada masa yang sama, mereka meminta agar pengguna tidak lagi menjadikan akaun FB berkenaan sebagai medium bagi mendapatkan maklumat.

“Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

“Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib. 

“Oleh itu, pejabat ini menegaskan laman tersebut bukan lagi merupakan medium rasmi pejabat ini dan semua pihak disarankan mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak,” tulis kenyataan itu lagi.

Menerusi pengumuman terbaharu itu juga, SPA Perak turut menzahirkan ucapan terima kasih khusus buat pengguna yang prihatin dengan kejadian tersebut.

Semalam, beberapa hantaran video lucah telah dimuat naik di akaun Rasmi FB SPA Perak. Hantaran itu nyata mengejutkan warganet kerana akaun FB tersebut merupakan laman sosial rasmi yang menjadi platform penyebaran maklumat khususnya buat pencari kerja dan individu yang menunggu keputusan temuduga.

Foto: Tangkap Layar Akaun Rasmi Facebook SPA Perak

Baca Artikel Berkaitan: Pangkalan Data 4 Juta Rakyat Malaysia Dalam JPN Disenarai Untuk Dijual

Baca Artikel Berkaitan: Facebook Didenda RM6.48 Bilion Kerana 50 juta Akaun Pengguna Digodam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.