fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Co-Founder MYAirline, Allan Goh Ditahan Direman 4 Hari

Polis Sahkan Co-Founder MYAirline, Allan Goh Ditahan Direman 4 Hari

Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat penerbangan tambah murah itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 17 Oktober lalu, polis telah bertindak menahan seorang pengasas bersama (co-fouder) serta pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang rendah bersama isteri dan anaknya.

Penahanan ke atas lelaki berusia 57 tahun itu selepas dia disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram.

Penahanan suspek untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Baca artikel berkaitan: Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Ditahan, Disyaki Terbabit Kes Pengubahan Wang Haram

Ahli Lembaga Pengarah syarikat penerbangan direman selama 4 hari

Hari ini (18 Oktober), polis memaklumkan pihaknya telah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek yang bergelar ‘Datuk’ bersama isteri dan anaknya selama empat hari sehingga Sabtu (21 Oktober).

Laporan mengenai perintah tahanan reman kesemua suspek itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada hari yang sama.

“Permohonan reman ke atas tiga individu tersebut dilaksanakan pada jam 10 pagi di Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur,” jelasnya dipetik Astro Awani.

Polis sahkan Allan Goh Hwan Hua ditahan

Dalam pada itu FMT melaporkan, suspek yang ditahan adalah pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua atau turut dikenali sebagai Allan Goh.

Menurut Sin Chew Daily, Allan Goh bersama isteri dan anaknya ditahan di kediaman mereka di Shah Alam sekitar jam 5.30 petang, 17 Oktober.

MYAirline Sdn Bhd pada 12 Oktober lalu mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Tular dakwaan ahli perniagaan terlibat aktiviti haram dan cuci duit guna syarikat penerbangan

Sebelum ini, tular di media sosial tentang ahli perniagaan yang didakwa terlibat dengan aktiviti haram ini apabila menjadikan syarikat penerbangan tambah murah sebagai tempat ‘mencuci duit’.

Pendedahan itu turut mendakwa lelaki bergelar ‘Datuk’ itu juga memiliki syarikat lain yang juga terlibat dengan aktiviti penipuan.

Malah dia juga didakwa pernah diambil tindakan serta disiasat oleh beberapa pihak seperti:

  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Suruhanjaya Pencegahan
  • Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
    Suruhanjaya Syarikat Malaysi (SSM) serta polis
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.