fbpx
Now Reading
Penganjur Pro-Israel, Penerbit Dari Negara Arab Termasuk Malaysia Tarik Diri Dari Sertai Pesta Buku Frankfurt 2023

Penganjur Pro-Israel, Penerbit Dari Negara Arab Termasuk Malaysia Tarik Diri Dari Sertai Pesta Buku Frankfurt 2023

Memetik The National News, penarikan penyertaan dari Malaysia dan beberapa syarikat penerbitan yang lain adalah disebabkan sikap penganjur yang dilihat pro-Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketegangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel nyata menggemparkan masyarakat dunia. Ini kerana kekejaman Rejim Zionis yang menyebabkan hampir puluhan ribu nyawa individu tidak bersalah terkorban nyata mengundang kemarahan dan kesedihan orang ramai.

Malah, masyarakat dari pelbagai latar belakang yang berbeza menunjukkan tanda sokongan kepada Palestin melalui pelbagai cara antaranya seperti sumbangan derma dan perkongsian di media sosial.

Tidak terhad kepada individu, kebanyakan negara turut mengecam dan mengutuk tindakan Israel yang bertindak kejam terhadap Palestin.

Konflik Jejas Penganjuran Pesta Buku Frankfurt, Beberapa Penerbit Termasuk Malaysia Tarik Diri

Konflik di antara Palestin dan Israel dikatakan turut memberi kesan kepada penganjuran Pesta Buku Frankfurt (Frankfurt Buchmesse) yang ke-75.

Ini kerana beberapa peserta daripada pelbagai negara termasuk Malaysia menarik diri daripada terlibat dengan pesta buku terbesar itu.

Malaysia bersama-sama penerbit buku yang lain seperti Sharjah Book Authority dan Arab Publishers Association menarik diri daripada terlibat dengan acara tersebut yang berlangsung pada 18 hingga 22 Oktober 2023 disebabkan oleh sikap penganjur yang dilihat memihak kepada Israel.

Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik diri dari mengambil bahagian dalam pameran tersebut sebagai tanda sokongan penuh kepada Palestin.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan keganasan Israel di Palestin, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Keputusan (untuk menarik diri) adalah selaras dengan pendirian kerajaan untuk bersolidariti dan menawarkan sokongan penuh untuk Palestin,” kata KPM menerusi satu kenyataan.

Pada masa yang sama, penerbit Sharjah Book Authority berkata, pihaknya memperjuangkan peranan budaya dan buku untuk menggalakkan persefahaman antara orang ramai.

“Kami percaya bahawa peranan seperti ini lebih penting daripada sebelumnya,” katanya.

Pihak penganjur menerusi Pengarah, Juergen Boos enggan memberi sebarang kenyataan berhubung penarikan diri peserta pameran berkenaan.

“Pameran itu terbuka kepada pengarang, penerbit, penterjemah dan peminat sastera dari seluruh dunia.

“Ia adalah platform untuk kedua-dua suara Israel dan Palestin,” tegas Boos.

Penganjur Bersikap Pro-Israel, Tangguh Penganugerahan Pengarang Dari Palestin

Memetik The National News, penarikan penyertaan dari Malaysia dan beberapa syarikat penerbitan yang lain adalah disebabkan sikap penganjur yang dilihat pro-Israel.

Sikap pro-Israel ini dapat dilihat apabila penganjur menangguhkan majlis penganugerahan seorang penulis Palestin, Adania Shibli yang sepatutnya dijadualkan berlangsung semasa penganjuran pesta buku tersebut.

Boos turut menyifatkan serangan Palestin sebagai biadab dan berpihak kepada Israel serta akan memastikan suara Israel menjadi keutamaan.

Terdahulu, KPM menerusi satu kenyataan mengumumkan penarikan diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023 pada 16 Oktober yang lalu.

Keputusan itu dibuat setelah penganjur dilihat memberi sokongan terbuka terhadap Israel. Selain KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) turut mengumumkan dari menyertai pameran tersebut.

INFO KPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta…

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Monday, 16 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Hamas Di Tebing Barat, Apa Alasan Israel Untuk Bunuh?” – Bassem Youseff Buat Piers Morgan ‘Terciduk’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hospital Di Gaza Dibom Israel, Lebih 500 Nyawa Terkorban

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.