fbpx
Now Reading
JMNPs Minta Ustaz Nuruddin Tarik Semula Kenyataan Wanita Boleh Nikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

JMNPs Minta Ustaz Nuruddin Tarik Semula Kenyataan Wanita Boleh Nikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

Menurut Jabatan Mufti Negeri Perlis, padangan penceramah itu berkenaan wanita boleh nikahkan diri sendiri itu tiada dewabit (terma dan syarat) serta boleh menimbulkan ketidaktenteraman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) meminta seorang penceramah agama menarik semula pandangannya yang mengatakan wanita boleh menikahkan diri sendiri tanpa wali pada baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, JMNPs memandang serius terhadap pendapat penceramah agama terbabit yang dikenali sebagai Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari.

Padangan Ustaz Nuruddin tiada dawabit dan boleh timbulkan ketidaktenteraman

Jabatan itu juga menyatakan bahawa padangan Ustaz Nuruddin berkenaan hal tersebut tiada dawabit (terma dan syarat) serta boleh menimbulkan ketidaktenteraman.

“Ustaz Muhammad Nuruddin mengatakan wanita boleh menikahkan dirinya sendiri dengan cara menawarkan pernikahan kepada pasangannya bersama dua saksi dan boleh dilakukan di mana-mana tempat dan bila-bila masa sahaja.

“Walaupun cadangan itu ditujukan kepada Ardini Angeline Tan dan Sabri Yunus untuk bertaqlid secara mazhab Hanafi dalam perkahwinan tanpa wali, tapi kesannya jika hukum itu terpakai untuk mereka, secara logiknya ia juga terpakai untuk orang lain,” katanya.

Menurutnya, ramai wanita yang sedang bersama pasangannya akan menikahkan diri sendiri tanpa pengetahuan wali sekiranya kenyataan itu diterima pakai, apatah lagi penceramah itu mengatakan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ustaz Nuruddin bukan Waliy al-Amr, cadangannya dilihat cabar keputusan autoriti pihak agama negeri

Tegas jabatan itu lagi, kenyataan itu boleh juga menyebabkan keadaan tidak tenteram dan pelanggaran undang-undang sedia ada di negeri-negeri apatah lagi dia bukanlah autoriti agama (Waliy al-Amr) dan cadangan itu dilihat mencabar keputusan autoriti pihak agama negeri.

“Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan orang ramai agar tidak memakai cadangan beliau mengenai isu tersebut.

“Pasangan yang ingin berkahwin juga dinasihatkan supaya merujuk serta mendapatkan kelulusan daripada pihak autoriti agama dan bukan pandangan seperti itu,” jelasnya.

Perempuan boleh kahwinkan diri sendiri mengikut Mazhan Hanafi

Terdahulu, Ustaz Nuruddin menerusi satu majlis ceramahnya pada Selasa lalu (17 Oktober) telah memberi kenyataan bahawa mengikut Mazhab Hanafi, perempuan boleh mengahwinkan diri sendiri.

(lihat di minit 21:40)

Ia susulan sebelum ini dia pernah mendakwa bahawa pernikahan di antara dua pelakon veteran, Sabri Yunus dan Angelina Tan tidak sah sehingga mendapat perhatian ramai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pernikahan Sabri Yunus & Angeline Tan Dipertikai, Mufti Perlis Jelaskan Ia Sah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.