fbpx
Now Reading
PDRM Pantau Rapi 7 Kumpulan Ajaran Sesat Di Malaysia – Ketua Polis Negara

PDRM Pantau Rapi 7 Kumpulan Ajaran Sesat Di Malaysia – Ketua Polis Negara

Menurut Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat kententeraman awam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh kumpulan ajaran sesat itu dikenali sebagai Terekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham @ Ibrahim (MA), Ajaran Suhaini @ Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion Of Peace And Light.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan,” katanya dipetik Bernama semalam (19 Oktober).

Polis bekerjasama dengan agensi kerajaan dan jabatan agama Islam negeri

Menurutnya, polis juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri dalam menjalankan siasatan untuk membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada tersebar dalam kalangan masyarakat.

Jelas Razarudin, sepanjang Januari 2022 hingga semalam, sebanyak 51 laporan polis direkodkan mengenai kegiatan akitiviti kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng ini.

Menurutnya lagi, dalam tempoh yang sama juga seramai 23 individu telah ditahan melibatkan pemimpin dan pengikut kumpulan ajaran sesat itu.

“Jumlah tangkapan itu melibatkan Terekat Habib Shah (20 Tangkapan) dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir Zaman, NMM dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,” katanya.

Tindakan tegas diambil sekiranya golongan itu beri kenyataan yang boleh mudaratkan keselamatan awam

Berkongsi lanjut, Razarudin berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan akan diambil sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat yang dikesan membuat atau mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh memudaratkan tahap keselamatan awam,” ujarnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Mengamuk, Dakwa Ahli Politik Berskandal Dengan Ex GF & Ikut Ajaran Sesat [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.