fbpx
Now Reading
Cuba Lintas Jalan Dengan Basikal Mainan, Kanak-Kanak 2 Tahun Nyaris Dilanggar Kereta

Cuba Lintas Jalan Dengan Basikal Mainan, Kanak-Kanak 2 Tahun Nyaris Dilanggar Kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan tinggal bersama keluarganya namun dia berada di tepi jalan tanpa pengawasan ahli keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak sememangnya akan berasa gembira dan teruja apabila dapat bermain ketika di dalam atau di luar rumah. Pada saat itu, mereka hanya memikirkan tentang keseronokan semata-mata.

Ibu bapa seharusnya memberi perhatian dan fokus kepada anak-anak ketika mereka bermain terutamanya di luar rumah.

Ini kerana keselamatan menjadi perkara utama yang perlu diambil kira bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Namun, terdapat segelintir yang hanya membiarkan anak mereka bermain seorang diri tanpa pengawasan yang ketat.

Nyaris Dilanggar Kereta Ketika Bermain

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun apabila dia nyaris dilanggar kereta selepas dilihat cuba melintas jalan raya dengan basikal mainannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 petang pada 29 Oktober di Kampung Semarang Dengkil, Selangor.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan tinggal bersama keluarganya namun dia berada di tepi jalan tanpa pengawasan ahli keluarga.

“Jarak antara rumah ibu bapa kanak-kanak itu jalan besar sekitar 70 meter. Malah, ibu bapa kanak-kanak itu mengakui memang sentiasa memantau anaknya bermain.

“Selepas soal siasat, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak tanpa di awasi.

“Tindakan itu boleh membahayakan nyawa kanak-kanak itu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum sehingga 20 tahun,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Susulan daripada insiden ini, Wan Kamarul Azran menasihatkan agar orang ramai khususnya ibu bapa sentiasa prihatin dan peka dalam mengawasi anak-anak ketika bermain.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.