fbpx
Now Reading
Polis Tahan Pelajar Tingkatan 4 & Rakan Bersama 10 KG Dadah

Polis Tahan Pelajar Tingkatan 4 & Rakan Bersama 10 KG Dadah

Saringan ujian air kencing yang dilakukan turut mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun positif dadah jenis ketamin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis menahan seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya bersama ganja seberat 10 kilogram dalam satu serbuan di tepi jalan Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, Kelantan pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 3.15 petang itu, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Daerah Pasir Mas ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan ganja seberat 10 kg yang dianggarkan bernilai RM31,000.

Suspek positif dadah jenis ketamin

Saringan ujian air kencing yang dilakukan turut mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun positif dadah jenis ketamin.

“Semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau yang berkait kes dadah.”

Kedua-dua suspek juga telah direman selama seminggu bermula semalam (6 November) bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.