fbpx
Now Reading
Kanak-kanak Perempuan 2 Tahun Meninggal Dunia, Tertinggal Dalam Kereta 8 Jam

Kanak-kanak Perempuan 2 Tahun Meninggal Dunia, Tertinggal Dalam Kereta 8 Jam

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menasihati orang ramai agar sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara si ibu yang menyangka anaknya sudah dihantar ke tadika, seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia selepas berada dalam kereta selama lapan jam, semalam (8 November).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.40 petang.

Menurutnya, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Hantar 3 anak ke sekolah pada jam 7 pagi, namun terlupa turunkan mangsa di tadika

Kata Mohamad Fakhruddin, hasil siasatan mendapati pada jam 7 pagi ibu kanak-kanak terbabit yang berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa pula.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (9 November).

Bapa mangsa hubungi Mers 999 dan cuba beri rawatan awal

Menurutnya lagi, bapa mangsa yang membuat panggilan Mers 999 turut memberi rawatan awal kepada anaknya itu sehingga pihak ambulans dan polis tiba di lokasi.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya lagi.

Polis ingatkan orang ramai agar sentiasa peka dan lebih bertanggungjawab

Berkongsi lanjut, Mohamad Fakhruddin berkata orang ramai dinasihati agar sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” ujarnya.

Untuk info, ini bukan lah kes pertama di Malaysia melibatkan ibu bapa meninggalkan anak di dalam kereta kerana terlupa sehingga meragut nyawa.

Sebelum ini, beberapa kes yang sama turut dilaporkan terjadi di mana si ibu terlupa bahawa anaknya masih berada di dalam kereta.

Tips elak terlupa anak masih dalam kereta, ibu bapa wajib tahu!

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk mengelakan insiden serupa berlaku. Antaranya, dengan mengaktifkan fungsi ‘Child Reminder’ dalam aplikasi Waze.

Mod ‘Child Reminder’ tersebut berfungsi untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa adanya anak kecil di dalam kereta ketika tiba di destinasi.

Malah Public Health Malaysia pernah berkongsi beberapa tips untuk mengelakan kejadian ini berlaku, antaranya:

Back seat – Letakkan sesuatu di kerusi belakang bersama anak yang memerlukan anda untuk mencapainya seperti beg, punch card, handbag dan telefon bimbit.

Every child – Setiap kanak kanak sewajarnya di tempatkan dengan selamat di tempat duduk keselamatan.

Stuffed animal – Letakkan patung mainan yang sentiasa mengantikan tempat duduk anak. Apabila anak anda menggunakan kerusi tersebut, letakkan patung mainan tersebut di kerusi hadapan.

Ask your babysitter or child – Minta pasangan anda untuk sentiasa bertanya dan memberi peringatan mengenai anak anak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.