fbpx
Now Reading
“Alhamdulillah” – Nurul Ain Selamat Sampai Di Malaysia, Kongsi Pengalaman Di Gaza [Video]

“Alhamdulillah” – Nurul Ain Selamat Sampai Di Malaysia, Kongsi Pengalaman Di Gaza [Video]

Jelas Nurul Ain, awalnya dia dan suami tidak mahu keluar dari Gaza, namun melihat keadaan yang semakin teruk mereka kemudian mengambil keputusan untuk keluar agar suami dapat bekerja untuk menyara keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 13 November lalu, seorang warganegara Malaysia iaitu Nurul Ain Haron bersama suaminya, Mohamed A.M Shaat yang merupakan rakyat Palestin berjaya dibawa keluar dari Gaza selepas lebih sebulan terperangkap dalam peperangan di antara Palestin dan Israel sejak bulan lalu.

Pasangan itu telah berjaya keluar menerusi laluan sempadan Rafah pada pukul 2.23 pagi waktu Malaysia.

Proses untuk menyelamatkan pasangan itu dapat dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Mesir iaitu Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan kerajanya ke Mesir pada 23 Oktober lepas.

Baca artikel berkaitan: Nurul Ain & Suami Selamat Keluar Dari Gaza

Nurul Ain kini berada di Malaysia

Terbaharu, Nurul Ain bersama suaminya dilaporkan telah berada di Malaysia pada jam 8.55 malam tadi (14 November).

Pasangan itu telah menaiki pesawat syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dari Kaherah, Mesir ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Ketibaan Nurul Ain bersama suaminya itu kemudian telah disambut oleh ahli keluarga serta pegawai dari Wisma Putra.

Bapa peluk Nurul Ain dan suami sebaik berjumpa

Lebih menjadi perhatian apabila bapanya, Haron Hamim turut memeluk mereka sebaik berjumpa.

Nurul Ain turut berkongsi mengenai pengalaman ketika berada di bumi Gaza dengan menyatakan awalnya dia nekad untuk terus berada di sana.

Tetapi keadaan semakin lama menjadi teruk selain tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan reda.

Awalnya tak nak keluar dari Gaza, keadaan semakin teruk

“Alhamdulillah. Sebenarnya saya dan suami pada mulanya tidak mahu keluar kerana keluarga mentua masih di sana tetapi keadaan menjadi semakin teruk.

“Kejadian itu sangat luar biasa berbanding yang berlaku pada 2014, jadi saya dengan suami buat keputusan untuk pulang supaya suami dapat terus bekerja dan menyara keluarganya.

“Jadi kami berterima kasih kepada semua terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, duta di Kaherah, Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri (KLN),” jelasnya, dipetik Berita Harian.

Ada rasa putus asa selepas lihat ahli keluarga mentua ada yang meninggal dunia keran konflik Palestin dan Israel

Sementara itu, Nurul Ain turut ditanya adakah dia berada putus asa semasa berada di negara berkenaan.

Jawabnya ada waktu dia merasakan hal tersebut terutama apabila ada lapan ahli keluarga mentua yang terkorban dan meninggal dunia kerana peperangan tersebut.

“Ada ketikanya, terutamanya ada ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa. Orang lain tak rasa apa yang saya rasa. Rumahnya dibedil dengan lapan peluru berpandu, habis semuanya musnah dan mukanya juga sudah tidak kelihatan.

“Dan semangat pada ketika itu agak turun, jadi saya kata pada suami kita kena teruskan. Namun sehingga tiada lagi bekalan makanan, orang berebut nak beli roti, tiada bekalan air, keadaan menjadi semakin teruk jadi saya kata kita kena balik (ke Malaysia),” jelasnya.

Nak salurkan bantuan melalui perbankan di Dubai

Nurul Ain walau bagaimanapun mempunyai perancangan di masa depan iaitu mahu menyalurkan sumbangan daripada rakyat Malaysia menerusi perbankan di Dubai.

“Untuk masa ini ramai yang beri sumbangan kepada namun disebabkan tiada bekalan makan dan selimut (untuk dibeli) jadi lebih baik saya keluar dari Gaza untuk mengambil langkah selanjutnya.

“Saluran untuk mengeluarkan duit juga disekat oleh Israel dalam masa yang sama kita juga tidak boleh hantar wang berkenaan.

“Jadi berkemungkinan saya akan hantar wang ini menerusi perbankan di Dubai dan barulah beri kepada pemborong yang kita kenali di sana. Insya-Allah, ia akan dipermudahkan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.