fbpx

KP Agensi Keselamatan Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, PDRM Jalankan Siasatan

Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa Ketua Pengarah bergelar ‘Datuk’ mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya pada pertemuan kali pertama mereka pada November tahun lalu semasa menawarkan peluang pelaburan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara ringkasnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendefinisikan gangguan seksual sebagai satu bentuk perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya seperti secara lisan, bukan lisan dan visual.

Wanita sering menjadi mangsa golongan tidak bertanggungjawab ini manakala pelaku pula boleh datang daripada pelbagai latar belakang sama ada golongan biasa ataupun profesional.

Bukit Aman Jalankan Siasatan Berhubung Dakwaan Pegawai Tertinggi Lakukan Gangguan Seksual

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dilakukan oleh Ketua Pengarah (KP) sebuah agensi keselamatan terhadap seorang wanita.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual), Seksyen 507A Kanun Keseksaan (kesalahan menghendap), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (menggunakan perkataan kurang sopan).

“Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Individu yang berkaitan akan dipanggil untuk siasatan kita,” kata beliau yang dipetik daripada Berita Harian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain turut mengesahkan kertas siasatan dibuka selepas polis menerima laporan pada 14 November yang lalu.

Ketua Pengarah APMM Sedia Beri Kerjasama

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedia memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung kes dakwaan gangguan seksual seperti yang tular di media sosial.

Menurut Unit Komunikasi Korporat APMM dalam satu kenyataan berkata, tindakan seorang wanita yang membuat laporan polis berhubung dakwaan itu disifatkan mempunyai motif peribadi dan boleh mencemarkan reputasi serta maruah ketua pengarah dan keluarga serta imej Maritim Malaysia sebagai agensi penguat kuasa

“Sehubungan itu, pihak Ketua Pengarah akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan,” kata APMM yang dipetik daripada Awani.

Terdahulu, tular di media sosial satu salinan laporan polis dibuat oleh seorang wanita berusia 39 tahun di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, Selangor pada 14 November yang lalu.

Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa Ketua Pengarah bergelar ‘Datuk’ mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya pada pertemuan kali pertama mereka pada November tahun lalu semasa menawarkan peluang pelaburan.

Malah, mangsa turut mendakwa individu itu pernah beberapa kali mengajaknya berjumpa di hotel dan pusat karoke namun ditolak kerana tahu niat sebenar individu tersebut.

Individu itu mula melakukan gangguan seksual secara serius sejak Ogos lalu dengan menghantar kira-kira 10 video lucah kepada mangsa melalui telefon bimbit.

Mangsa mengambil tindakan untuk membuat laporan polis kerana trauma dan tertekan serta mengalami kemurungan. Dia turut diugut untuk tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa.

Foto: Tangkap Layar Di Twitter

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Penuntut Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Di Sebuah Universiti Tempatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.