fbpx
Now Reading
Polis Tahan Lelaki Cadang Malaysia Adakan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Polis Tahan Lelaki Cadang Malaysia Adakan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Menerusi video temubual di antara Hananya Naftali dan Victor Yong yang tular di Twitter (X), lelaki berasal dari Johor Bahru itu berpendapat perlu ada hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 5 Disember yang lalu, kami ada melaporkan berita mengenai video temubual di antara bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Israel Hananya Naftali bersama seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Victor Yong.

Menerusi temu bual tersebut, Victor mencadangkan agar hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel diwujudkan sama seperti negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Malah, dia juga mendakwa pemikiran rakyat Malaysia telah dicemari oleh orang-orang Arab hingga menyebabkan Israel dibenci oleh masyarakat di negara ini.

Baca Artikel Berkaitan: Admin Media Sosial Netanyahu Siar Temubual Kononya Ada Rakyat Malaysia Sokong Israel [Video]

Polis Tahan Victor Yong Susulan Kenyataan Yang Dikeluarkan

Kenyataan Victor menerusi temubual tersebut nyata mengundang padah apabila dia ditahan oleh polis semalam (6 Disember) di Johor Bahru.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily, Victor kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat (8 Disember) ini.

“Kebenaran permohonan reman terhadap suspek diberikan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Pada masa ini, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Undang-Undang Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Mohon Orang Ramai Tidak Memberi Sebarang Ulasan

Tambah Mohd Shuhaily, kes kini sedang disiasat dan dia meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh menganggu siasatan.

“PDRM turut mengingatkan kepada orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud menyalahi undang-undang,” katanya.

Untuk info, satu laporan polis telah dibuat semalam (6 Disember) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh sekumpulan individu susulan video temubual tersebut.

Menerusi video temubual yang tular di Twitter (X), Victor berpendapat perlu ada hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Israel.

Malah, lelaki yang berasal dari Johor Bahru itu turut mendakwa kononnya rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang salah terhadap kerajaan Rejim Zionis itu dan ia dipengaruhi oleh kumpulan pejuang Fatah dan Hamas.

Victor juga turut berpendapat bahawa kedutaan Israel perlu diwujudkan di negara ini dan Malaysia juga perlu mempunyai kedutaan di Israel.

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH Siasatan Terhadap Individu Berhubung Kenyataan Menyokong Hubungan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, 6 December 2023

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.