fbpx
Now Reading
Penguatkuasa Serbu ‘Mini Dhaka’, 500 Warga Asing Ditahan

Penguatkuasa Serbu ‘Mini Dhaka’, 500 Warga Asing Ditahan

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan di salah satu premis terdapat warga asing yang turut menawarkan khidmat klinik persendirian dan pelbagai ubat-ubatan turut dijumpai tanpa memiliki kelulusan KKM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (21 Disember) seramai lebih daripada 1,000 anggota serta pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah bertindak membuat serbuan selain turut mengepung ‘mini Dhaka’ di Jalan Silang, Kuala Lumpur.

Operasi itu dilakukan bermula jam 11 pagi tadi adalah bertujuan untuk menahan sekumpulan warga asing.

Dalam serbuan yang dilakukan itu anggota serta pegawai terlibat turut memakai peralatan khas dan lengkap bersenjata sebelum bertindak memecah masuk ke setiap premis yang melibatkan sebanyak empat blok di jalan tersebut.

Difahamkan serbuan tersebut dilakukan pihak PGA untuk mengatasi daripada masalah lambakkan warga asing di jalan terbabit serta peniagaan yang dimiliki termasuklah menggajikan individu berkenaan.

Sekitar 500 warga asing telah ditahan

Memetik laporan Harian Metro, rakan media yang juga mengikuti serbuan dilakukan PGA itu memaklumkan setakat jam 1 tengah hari tadi sekitar 500 warga asing telah ditahan pihak berkuasa.

Warga asing tersebut terdiri daripada pelbagai negara antaranya Bangladesh, Nepal dan juga Myanmar. Mereka juga gagal meloloskan diri apabila PGA membuat kepungan di kawasan terbabit secara mengejut.

Tawar khidmat klinik persendirian, agensi pelancongan dan jadikan premis bilik sewa

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan terdapat salah satu daripada premis warga asing yang menawarkan khidmat klinik persendirian dan juga perniagaan agensi pelancongan.

Pelbagai ubat-ubatan yang dipercayai daripada Bangladesh turut dijumpai dan ia tidak mempunyai kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun sewaktu pemeriksaan premis berkenaan tidak berpenghuni. Selain itu pihak berkuasa juga menemukan premis yang dijadikan sebagai bilik sewa yang dihuni oleh warga asing yang dikatakan berada dalam keadaan kotor serta bersepah.

Mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala lumpur bagi membuat semakan dokumentasi.

Video memaparkan Jalan Sailang diserbu pihak PGA turut dikongsikan oleh orang awam di laman X.

Malah turut kelihatan ada yang memanjat bumbung bangunan mungkin mahu melarikan diri daripada ditahan penguatkuasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.