fbpx
Now Reading
JAHEAIK Sahkan Kahwin Kontrak Tidak Wujud Di Kelantan

JAHEAIK Sahkan Kahwin Kontrak Tidak Wujud Di Kelantan

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan menegaskan tiada sebarang prosedur kahwin kontrak yang wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Isnin (8 Januari) yang lalu, hangat dilaporkan di media mengenai wanita di Kelantan dikatakan lebih memilih perkahwinan kontrak bersama lelaki warga asing.

Golongan wanita yang terdiri daripada janda dan anak dara tua itu dilaporkan memilih perkahwinan sedemikian bagi mengelakkan stigma masih tidak berkahwin.

Menerusi laporan tersebut juga, berdasarkan data Imigresen yang diperolehi, sebanyak 17,137 permohonan dibuat oleh penduduk Kelantan bagi pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan warga asing mereka pada tahun 2022.

Daripada jumlah tersebut, purata 12,000 merupakan wanita yang memohon untuk suami warga asing mereka.

Tiada Perkahwinan Kontrak Direkodkan Di Kelantan

Terbaharu, Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Ustaz Mohd Asri Bin Mat Daud menegaskan tiada sebarang prosedur kahwin kontrak yang wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, hasil semakan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

“Semakan juga mendapati bahawa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK belum pernah menerima aduan berkenaan kahwin kontrak di negeri ini.

“Berdasarkan statistik perkahwinan dengan warga asing di negeri Kelantan yang dikeluarkan oleh JAHEAIK, sejumlah 670 perkahwinan didaftarkan dalam tahun 2019 sehingga 2023 mengikut prosedur biasa jabatan agama dan bukanlah atas terma kahwin kontrak sebagaimana yang digembar-gemburkan,” katanya.

Nasihat Orang Ramai Agar Tidak Terpengaruh Dengan Laporan Media

Menerusi kenyataan itu juga, dia menggesa agar orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dilaporkan oleh media kononnya wujud perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah di Kelantan kerana ia adalah tidak sah di sisi syarak.

Malah, pihaknya turut menasihatkan agar pihak media lebih berhati-hati dalam membuat laporan khususnya yang melibatkan hukum-hakam agar tidak menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

KENYATAAN MEDIA DAKWAAN KAHWIN KONTRAK DALAM KALANGAN WANITA MELAYU ISLAM DI NEGERI KELANTAN 1. Pejabat Pengerusi…

Posted by Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) on Wednesday, 10 January 2024

Baca Artikel Berkaitan: ‘Sudah Tertulis Jodoh Kami’ – Gadis Pilih Lelaki Warga Bangladesh Sebagai Pasangan Hidup [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Cadang Poligami Bantu Selesai Masalah Wanita Lambat Kahwin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.