fbpx
Now Reading
‘Sudah Tertulis Jodoh Kami’ – Gadis Pilih Lelaki Warga Bangladesh Sebagai Pasangan Hidup [Video]

‘Sudah Tertulis Jodoh Kami’ – Gadis Pilih Lelaki Warga Bangladesh Sebagai Pasangan Hidup [Video]

Perkenalan awal Nur Nadhirah dan suami hanya berlandaskan hubungan kerja semata-mata. Namun, keserasian mula wujud dan membuatkan hubungan menjadi makin rapat sehingga timbul perasaan cinta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ajal, maut, rezeki dan jodoh merupakan rahsia Allah. Apabila bercakap mengenai jodoh, sebagai manusia kita tidak pernah tahu siapa individu yang akan menjadi pasangan sehidup semati selagi belum tiba masanya.

Begitulah juga dengan yang dihadapi oleh seorang gadis dari Perlis ini. Siapa sangka, dia mengakhiri zaman bujang dengan seorang lelaki yang berasal daripada Joypurhat, Bangladesh.

Detik Perkenalan Bermula Di Tempat Kerja

Menurut Nur Nadhirah Roslee yang berusia 26 tahun, detik perkenalan antara dia dan pasangannya Mohammad Samim bermula sekitar empat tahun lalu di sebuah kilang di Meru Klang, Selangor.

Pada mulanya, perkenalan mereka hanya berlandaskan hubungan kerja semata-mata. Namun, keserasian mula wujud dan membuatkan hubungan menjadi makin rapat sehingga timbul perasaan cinta.

“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja. Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.

“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.

“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” kata Nadhirah yang dipetik daripada Harian Metro

Mulanya Rahsiakan Hubungan Daripada Keluarga

Menurut Nadhirah, ketika awal perhubungan, dia terpaksa merahsiakan hubungan dengan Samim daripada keluarga kerana belum sedia untuk berterus terang.

Setelah menjalinkan hubungan selama setahun, baharulah dia memberanikan diri memberitahu hal sebenar kepada ibu bapanya bagi mendapatkan restu.

“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.

“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.

“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.

Nikah di Bangladesh Kerana Masalah Permit Kerja Suami

Berdasarkan perancangan awal, dia dan pasangan merancang untuk bernikah di Malaysia namun mereka terpaksa terbang ke Bangladesh kerana masalah permit kerja suaminya. Ketika di sana, dia ditemani oleh ibu, ayah dan adik perempuannya.

“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.

“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.

“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” kata Nadhirah.

Ada Yang Persoal, Namun Ramai Beri Reaksi Positif

Pernikahan Nadhirah bersama lelaki warganegara Bangladesh itu nyata mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakannya mendoakan dan memberi respon yang postif terhadap hubungannya dengan suami. Namun, ada juga segelintir yang mempersoalkan pilihannya itu.

 “Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.

“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.

“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak (ada) dari keluarga saya begitu.

Tambah Nadhirah, pada masa ini dia dan suaminya tinggal berjauhan selama enam bulan kerana Samim masih berada di Bangladesh.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.