fbpx
Now Reading
Perlis Wajibkan Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Bermula 1 Februari 2024

Perlis Wajibkan Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Bermula 1 Februari 2024

Penguatkuasaan tulisan Jawi antaranya bertujuan untuk memperkasa dan mendedahkan tulisan berkenaan kepada masyarakat khususnya golongan muda di Perlis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tulisan jawi merupakan antara medium perhubungan utama yang pernah digunakan oleh masyarakat Melayu di negara ini pada suatu ketika dahulu.

Namun seiring dengan peredaran zaman, penggunaan tulisan ini dalam kehidupan seharian dilihat semakin dilupakan.

Perlis Wajibkan Penggunaan Tulisan Jawi Di Papan Tanda

Sebagai usaha untuk memperkasa dan mendedahkan tulisan berkenaan kepada masyarakat khususnya golongan muda di Perlis, kerajaan negeri akan mewajibkan penggunaan tulisan Jawi bermula 1 Februari ini.

Tulisan tersebut akan digunakan pada setiap papan tanda premis perniagaan, iklan atau ‘billboard’ di seluruh negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis Asrul Aimran Abd Jalil, penggunaan tulisan tersebut turut melibatkan papan tanda jalan di taman perumahan dan kawasan kejiranan.

“Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada.

“Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan Jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu

“Perkara ini sebenarnya sudah pun diwarwarkan oleh Menteri Besar (Mohd Shukri Ramli) dalam usaha menghidupkan tulisan Jawi kepada masyarakat supaya ia lebih dikenali sebagai satu bentuk tulisan asal di negara ini yang sudah sekian lama digunakan,” katanya lagi.

Bakal Bekerjasama Dengan Banyak Pihak

Tambah Asrul lagi, bagi memastikan kaligrafi Jawi yang digunakan betul dan tepat, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Munsyi Jawi.

“Papan tanda premis perniagaan ini akan membabitkan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu menerusi tulisan rumi dan tulisan jawi manakala sekiranya papan tanda premis itu turut mempunyai bahasa ibunda yang lain seperti Bahasa Mandarin atau Tamil, ia tetap tidak mempunyai masalah untuk menyertakan sekali bersama tulisan jawi pada papan tanda itu.

“Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya,” katanya.

Selain Perlis, negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Melaka merupakan antara negeri yang telahpun menggunakan tulisan Jawi pada premis perniagaan dan iklan di negeri masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Hati Scam Cikgu Kau Dik” – Guru Pening Tulisan ‘Alien’ Dalam Buku Jawi Pelajar Buat Netizen Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tulisan Jawi Jadi Pilihan Ching Iyu Untuk Kegunaan Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.