fbpx

Ini Hukum Menjawab Salam Bertulis Dalam WhatsApps Atau Mesej

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, hukum yang sama turut terpakai jika seseorang itu menerima ucapan salam yang terkandung dalam surat yang ditujukan buat pembaca ketika membaca surat berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, harus diakui kecanggihan teknologi sememangnya membantu memudahkan kehidupan seharian.

Selain daripada dapat menjimatkan masa, kewujudan pelbagai platform mesej nyata memudahkan kehidupan individu jika mahu berinteraksi dengan individu lain. Antara medium yang paling biasa digunakan adalah WhatsApp dan Telegram.

Namun, sebagai seorang muslim, pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya adakah wajib menjawab salam yang diberikan oleh orang lain ketika berinteraksi melalui platform tersebut.

Ini kerana dalam realiti kehidupan, setiap individu muslim diwajibkan menjawab salam yang diberikan oleh muslim yang lain.

Wajib Jawab Salam Di Whatsapp Atau Platform Mesej Yang Lain

Menjawab kepada persoalan itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa hukum yang sama turut terpakai kepada individu yang menerima pesanan ringkas lafaz salam melalui aplikasi WhatsApps, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan medium yang sama dengannya.

Hukum yang sama turut terpakai jika seseorang itu menerima ucapan salam yang terkandung dalam surat yang ditujukan buat pembaca ketika membaca surat berkenaan.

“Mereka hendaklah menjawab atau membalas salam berkenaan. Ini kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan.

“Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib. Maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan itu juga adalah wajib,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian melalui laman web Maktabah Albakri.

“Ia bertepatan dengan firman ALLAH SWT:‘Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).’ (Surah an-Nisa’, ayat 86).

“Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Aisyah RA bahawa: ‘Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.’ Lalu aku menjawab: ‘Wa’alaihis salamu wa rahmatullah (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat ALLAH).’ Nabi Muhammad SAW melihat apa yang tidak aku lihat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim),” jelasnya.

Boleh Jawab Salam Berkenaan Tanpa Balas Mesej

Jelas beliau lagi, individu yang menerima atau membaca mesej salam berkenaan boleh sahaja menjawabnya secara lisan tanpa perlu membalas semula lafaz salam berkenaan namun adalah lebih baik untuk mengirimnya kembali.

“Walaupun cara itu sudah memadai, tetapi lebih afdal andai kita membalas semula ucapan salam berkenaan iaitu menjawabnya dengan mengirimnya kembali melalui pesanan ringkas tersebut,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Jual Beli Secara Online Ketika Solat Jumaat Adalah Haram

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tertanya Adakah Sah Akad Nikah Tanpa Bersalam, Ini Jawapan Mufti WP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.