fbpx
Now Reading
2 Maut, Lori Dipercayai Alami Masalah Brek Rempuh 4 Kereta [Video]

2 Maut, Lori Dipercayai Alami Masalah Brek Rempuh 4 Kereta [Video]

Lori tersebut disyaki mengalami masalah brek dan melanggar empat kenderaan di hadapan sebelum terbabas ke lereng bukit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (7 Februari), tular di media sosial satu klip rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Medan Masria, di susur keluar Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Selangor.

Menerusi video tersebut, kelihatan lori berkenaan bergerak dengan laju sebelum bertindak merempuh beberapa kenderaan lain.

Dua maut dalam kemalangan membabitkan lori dan empat kenderaan

Susulan daripada kejadian itu, dua individu dilaporkan maut.

Menurut Ketua Polis Derah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan insiden itu berlaku pada 4.45 petang, 7 Februari dan membabitkan sebuah lori yang dipandu pemandu berusia 40-an serta empat kenderaan.

“Siasatan dilakukan mendapati ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, di sini

“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat Medan Masria, lori terbabit disyaki mengalami masalah brek dan melanggar empat kenderaan di hadapannya sebelum terbabas ke lereng bukit di susur ke Lebuhraya Grand Saga,” jelasnya lapor Harian Metro.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan

Katanya insiden tersebut telah menyebabkan seorang pemandu kenderaan jenis Proton Saga maut di tempat kejadian.

“Seorang penumpang kereta parah dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

“Dua mangsa terbabit adalah seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 50-an dan 60-an.

“Tiga pemandu kenderaan lain pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.”

Pemandu lori itu turut mengalami kecederaan ringan dan dia ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019 589 7115 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.