fbpx
Now Reading
Insiden Gas Meletup Di Puchong, 2 Individu Maut & 2 Lagi Cedera

Insiden Gas Meletup Di Puchong, 2 Individu Maut & 2 Lagi Cedera

Menurut bomba dua mangsa yang maut dipercayai pekerja kilang terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang ramai di sekitar kawasan Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor pada hari ini (23 Februari) dikejutkan dengan insiden letupan gas acetylene di sebuah kilang.

Kejadian yang berlaku pada pagi tadi itu turut menyebabkan dua individu maut dan dua lagi mengalami kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar bomba menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada jam 10.14 pagi.

Bomba sedang buat kerja ventilasi keluarkan gas

Susulan itu seramai 24 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Subang dan Cyberjaya telah dihantar ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, didapati letupan melibatkan gas acetylene di sebuah kedai.

“Pemeriksaan mendapati terdapat empat orang mangsa yang terlibat iaitu dua meninggal dunia manakala dua lagi cedera,” jelasnya, lapor Kosmo.

2 pekerja meninggal dunia dipercayai pekerja kilang

Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Muhammad Azizul Hakim bin Idris kejadian letupan berlaku di dalam sebuah kilang berkeluasan 30×60 kaki.

Difahamkan dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja kilang berkenaan.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan dengan mengeluarkan kesemua mangsa dari kawasan letupan. Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas perubatan daripada KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Susulan itu, kerja-kerja ventilasi sedang dijalankan bagi mengeluarkan gas tersebut yang masih lagi berada dalam premis berkenaan.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.