fbpx
Now Reading
2 Individu Maut Dalam Kereta Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

2 Individu Maut Dalam Kereta Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Februari), tular berita seorang lelaki dan seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Neo yang diparkir di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin.

Perkara itu mula disedari oleh orang awam yang mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkunci itu sebelum menghubungi pihak bomba.

Enam anggota bomba ke lokasi kejadian untuk bantuan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah telah bergegas ke lokasi kejadian untuk bantuan selepas menerima laporan pada jam 4.10 petang.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Foto: Facebook/PahangStory

Polis sahkan tiada unsur jenayah

Terbaharu, berdasarkan siasatan, pihak polis mengesahkan kematian lelaki dan wanita itu tidak mempunyai unsur jenayah selain mendapati kesemua barangan peribadi milik mangsa berada di dalam kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu mendapati mangsa memandu kereta dan meletakkan kenderaan di kawasan parkir stesen minyak itu pada pukul 6.42 pagi, kelmarin (26 Februari).

“Mangsa juga tidak keluar daripada kenderaan. Pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa ditemui,” katanya dalam kenyataan, hari ini (28 Februari).

Mayat dihantar ke Unit Forensik HTAA, kes diklasifikasi mati mengejut

Menurutnya, mayat lelaki berusia 41 tahun dan wanita, 43, dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau pada masa sama turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menyebabkan siasatan polis terganggu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di talian 09-4145999,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.