KBS Ambil Keputusan Tolak Tawaran Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Terbaharu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan menerima tawaran sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan Komanwel 2026.

Selepas melakukan perbincangan melibatkan Jemaah Menteri dalam persidangan hari ini (22 Mac), keputusan tersebut diambil selepas menilai kesemua aspek penganjuran dan kesannya terhadap negara.

Antara faktor yang diambil kira adalah dari segi geran penajaan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) berjumlah RM603 juta (100 juta pound) yang dijangka tidak mampu membiayai keseluruhan kos penganjuran.

Delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan tumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kedua pada 5 Februari 2024.

Unit Komunikasi Korporat KBS.

Selain itu, impak ekonomi yang tidak dapat dikenalpasti dalam tempoh singkat ini juga menjadi salah satu faktor.

Pada masa yang sama, Kerajaan Madani turut mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada CGF kerana memberi tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026.

Walau bagaimanapun, kerajaan kini hanya mahu menumpu kepada pembangunan sukan dan kebajikan rakyat.


Malaysia Terima Tawaran Sebagai Tuan Rumah Bagi Sukan Komanwel 2026

Kecoh sebelum ini mengenai tawaran oleh pihak CGF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi menggantikan Australia yang menarik diri sebagai penganjur Sukan Komanwel edisi 2026.

Ada yang menyatakan bahawa kerajaan Victoria di Australia menarik diri dari menjadi tuan rumah pada Julai lalu kerana kos yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Tindakan tersebut menyebabkan Australia terpaksa membayar RM1,171,459,060 (AUD380 juta) kerana melanggar kontrak untuk menganjurkan temasya itu dari 17 hingga 29 Mac 2026.

Sebagai rekod, CGF tidak hanya menawarkan hak penganjuran Sukan Komanwel kepada Malaysia sahaja, malah kepada beberapa negara lain termasuk Singapura.

Perkara itu sudah disahkan sendiri oleh Nazifuddin kepada Harian Metro.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Boleh Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel Sekali Lagi, Kali Ini Dengan Kos Lebih Murah

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

2 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

2 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

2 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

5 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

5 hours ago