fbpx
Now Reading
Sampai Gelar Pembeli Seperti Anjing, Mufti Pulau Pinang Tegur Tindakan Boikot Melampau

Sampai Gelar Pembeli Seperti Anjing, Mufti Pulau Pinang Tegur Tindakan Boikot Melampau

Selain itu, Wan Salim turut menyatakan bahawa isu sejadah mini yang didakwa sebagai alas kaki yang tertera sebahagian gambar Kaabah juga sepatutnya tidak dijadikan isu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh apabila beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa tidak berpuasa hati selepas melihat segelintir umat Islam ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kembali membeli makanan di restoran makanan segera diboikot sebelum ini.

Lebih parah lagi, apabila ada yang sanggup menyamakan dan menggelar para pembeli Muslim itu seperti anjing dan babi.

Perkara terbabit sekali gus menimbulkan perdebatan di dalam kalangan pengguna media sosial memandangkan hukum memakan makanan yang dijual di restoran-restoran terbabit bukanlah haram.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jafri Seru Berhenti Hina Pihak Tak Sertai Kempen Boikot Dengan Perkataan Kesat [Video]

Tindakan boikot melampau tidak patut digalakkan

Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan tindakan boikot melampau tidak patut digalakkan kerana ia mencerminkan sifat taasub dan kedengkian sekali gus merosakkan agama serta akhlak.

Menurutnya, secara prinsipnya tindakan boikot mana-mana restoran, syarikat atau permis perniagaan yang didapati melakukan penghinaan terhadap agama Islam atau umatnya boleh dianggap wajar.

Pun begitu, Wan Salim berkata ia perlulah dilakukan sekadar diperlukan atau secara sederhana sahaja sebagai tanda protes.

“Agama Islam tidak suka umatnya bersikap ekstrim dan taasub meskipun atas nama agama kerana sikap demikian lazimnya didorong oleh kejahilan serta fikiran tertutup golongan yang tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berbeza pandangan dan kepercayaan dengannya.

“Dalam dunia global masa kini, kehidupan bersama antara sesama warga yang berbeza etnik, agama dan budaya merupakan realiti yang mesti diakui.

“Di sinilah persefahaman dan toleransi amat mustahak malah perlu disedari bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kadangkala berlaku kejadian yang menggores atau menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada disengajakan atau tidak,” katanya dipetik Berita Harian.

Umat Islam perlu waras dan bijak dalam mengurus kepelbagaian

Menurutnya lagi, umat Islam memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam mengurus kepelbagaian supaya tidak menambahkan lagi ketegangan yang boleh membawa kepada pergaduhan hingga merugikan semua pihak.

Selain isu boikot melampau, Wan Salim turut mengulas mengenai isu sejadah mini yang sebelum ini tular didakwa alas kaki yang memaparkan sebahagian gambar Kaabah.

Sejadah mini ada gambar Kaabah didakwa jadi alas kaki tidak patut dijaikan isu

Memetik laporan MalaysiaKini pula, beliau berkata perkara tersebut sepatutnya tidak dijadikan isu dan ia mungkin timbul akibat salah faham sesetengah pihak.

“Kedudukan gambar Kaabah tersebut hanya terpotong dan tidak ada sebarang masalah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, meskipun Kaabah merupakan tempat suci umat Islam, namun kedudukannya bukanlah sama seperti al-Quran dan ayat kitab itu atau hadis.

Kata Wan Salim, ayat al-Quran atau hadis sememangnya diharamkan untuk diperlekehkan seperti dijadikan alas kaki, dipijak dan diperlakukan secara tidak wajar.

“Umat Islam tidak perlu ekstrem dan berlebihan memberi reaksi perkara begini kerana kita perlu selidik terlebih dahulu.

“Jika terbukti ia memang dibuat dengan tujuan untuk menghina bolehlah kita membantah.

“Kita tak perlu sampai memberikan reaksi berlebihan terhadap isu yang kabur dan tidak jelas,” katanya lagi.

Umat Islam wajar nilai kesan baik dan buruk sebelum ambil sesuatu tindakan

Berkongsi lanjut, beliau berkata umat Islam sewajarnya menilai kesan baik dan buruk yang akan terjadi daripada isu tersebut sebelum mengambil sesuatu tindakan.

“Jika tindakan kita boleh menyebabkan pihak yang mengeluarkan sejadah itu mengambil tindakan sewajarnya, baguslah.

“Tapi kalau kita bertindak lebih-lebihan tapi tiada tindakan yang diambil sudah tentu ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) telah merampas 1 potongan kain disyaki alas kaki dengan imej Kaabah di sebuah pasar raya di negeri itu.

Rampasan sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri itu dibuat susulan terdapat aduan orang awam mengenai pasar raya yang terletak di Batu Pahat terbabit.

Namun AEON BiG kemudiannya tambil menjelaskan salah faham tersebut dan memaklumkan ia adalah sejadah mini yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sejadah Mini Di AEON BiG: JAINJ Tetap Teruskan Siasatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.