fbpx
Now Reading
Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan sambil berjalan mengundur ke belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, gangguan haiwan liar seperti anjing, gajah dan monyet merupakan antara salah satu masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara ini.

Memetik Kosmo, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah menerima lebih daripada 1,500 aduan setiap tahun sejak 2020 hingga 2023 berhubung gangguan haiwan liar di kawasan penempatan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, 65% daripadanya melibatkan gangguan monyet liar.

Lelaki kongsi tips cara berhadapan dengan monyet liar ingin serang

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki menunjukkan cara berhadapan dengan monyet liar yang ingin menyerang.

Menerusi hantaran video yang dibuat naik di akaun TikTok @syafiqbibs, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Syafiq itu diserang sekumpulan monyet liar.

Tips: pegang sesuatu benda di tangan sambil berjalan mengundur

Menurutnya, jika seseorang perhadapan dengan monyet liar yang ingin menyerang, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang apa-apa barang di tangan.

Syaifq berkata, seterusnya perlahan-lahan berjalan dalam keadaan berundur ke belakang sambil memerhatikan ketua monyet yang kebiasaanya bersaiz lebih besar berbanding yang lain.

Sekiranya haiwan liar itu menunjukkan reaksi ingin menyerang, angkat barang yang dipegang dan tunjuk gaya seperti ingin membalingnya.

“Angkat barang macam nak baling, besarkan badan sambil menghadap (monyet) dan buat muka marah sambil tunjuk gigi,” katanya.

Lakukan cara yang sama berulang kali sehingga keadaan selamat

Menurutnya lagi, kemudian sambung berjalan dalam keadaan berundur dan ulangi cara yang sama sekiranya monyet liar itu ingin menyerang lagi.

Jelas Syafiq, lakukan cara tersebut sehingga keadaan selamat sebelum berlalu pergi seperti biasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.