fbpx
Now Reading
Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu berkenaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan seringkali diingatkan agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ia penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan atau insiden yang tidak diingini selain memastikan perjalanan trafik berjalan dengan lancar.

Namun, ada segelintir pemandu yang bersikap mementingkan diri dan enggan mengikut peraturan sedia ada. Malah, ia menjadi lebih teruk apabila sikap tersebut boleh membawa kepada pergaduhan.

Bergaduh Sambil Rakam Video

Semalam (6 Mei), tular di media sosial video yang memaparkan insiden pergaduhan dua orang pemandu di kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan Muar, Johor.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan kedua-duanya saling berlawan mulut dan masing-masing merakam video sambil memandu kereta.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu (4 Mei) didakwa berpunca apabila pemandu kereta Perodua Alza dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilik video berkenaan.

04/05/2024, 1600 North-South Expressway, 134km range, Pagoh. Penjelasan owner 👇 This road rage on highway occurs when the guy purposely not giving way to overtake his vehicle, felt pissed off when he found I overtook him from the right lane. Despite knowing having wife and kids in his car, he never hesitated to put all the life in danger, kept tailgating me and showed his unprofessional attitude. He never bother about the road safety, strongly brought up with his emotional, approach me to show all his anger by calling out me for a fight on middle of the highway by putting all his family member’s life in danger by stop his car in the highway. The beauty part is he still tried to overtake me for minutes just to ask for settlement, how bang? By fighting?? Hope he get educated with some good mannerism and professional ethics on how to approach and handle things, especially by not using any violence, not to put his and other people’s life in danger, control his anger and emotional feelings for a healthy life. #PDRM #northsouthhighway #roadrage #1malaysia #madani Credit 🎥: Owner Video

Posted by Malaysia Viral on Sunday 5 May 2024

Polis Akan Buat Tangkapan Bagi Lengkapkan Siasatan

Terbaharu, polis sedang menyiasat tindakan dua pemandu lelaki itu yang didakwa bergaduh sambil masing-masing merakam video.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah mengesan video berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook pada jam 12.30 petang semalam (6 Mei).

“Video itu memaparkan aksi dua lelaki. Seorang lelaki berusia 32 tahun sedang memandu Perodua Alza manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun memandu Mazda CX-5.

“Mereka bertengkar sambil membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit.

“Pihak polis akan membuat tangkapan ke atas kedua-dua lelaki yang terlibat bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Buat Provokasi Kerana Tidak Puas Hati

Mengulas lanjut kejadian itu, insiden berpunca apabila pemandu perodua Alza membuat provokasi selepas tidak perpuas hati dengan pemandu kereta Mazda CX-5 yang memotong kenderaannya dari kanan ke kiri.

“Akibat berasa berang, pemandu terbabit mengejar lelaki berusia 26 tahun tersebut dan kedua-duanya memberhentikan kenderaan di lebuh raya.

“Sebelum memberhentikan kenderaan, kedua-dua pemandu merakamkan aksi satu sama lain sewaktu memandu di lebuh raya tersebut,” ujarnya.

Jelas Raiz Mukhliz lagi, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu berkenaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menasihati orang ramai supaya mengelakkan dari menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan sentiasa bersikap toleransi sesama pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Tegasnya lagi, pihak polis akan turut mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana individu yang dikesan melakukan kesalahan di jalan raya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Kenyataan Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Daerah Muar berkaitan kes Tular bertengkar di arah…

Posted by Polis Daerah Muar on Monday 6 May 2024

Baca Artikel Berkaitan: Mulanya Macam Nak Bergaduh, Kuasa ‘Minta Maaf’ Lembutkan Hati Dua Pengguna Jalan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Pemandu Proton Saga Tunjuk Lagak Samseng Di Pulau Pinang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.