fbpx
Now Reading
Yodoo Alami Gangguan Teknikal, Baik Pulih Sedang Dijalankan Secara Berperingkat

Yodoo Alami Gangguan Teknikal, Baik Pulih Sedang Dijalankan Secara Berperingkat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Syarikat Telekomunikasi, Yoodo pagi ini menerusi satu kenyataan mengambil maklum mengenai masalah gangguan pada perkhidmatan mereka.

Gangguan tersebut yang difahamkan berpunca dari masalah teknikal menyebabkan sejumlah besar pengguna terjejas.

“Kepada pengguna, kami sedia maklum terdapat gangguan perkhidmatan yang berlaku pada sesetengah pelanggan.

“Pasukan teknikal kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul secepat mungkin. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan berterima kasih di atas kesabaran anda” kata Yodoo menerusi satu ciapan di Twitter.

Peranti kami yang menggunakan perhidmatan Yodoo juga tidak beroperasi sejak pagi tadi dan hanya memparkan rangkaian 3G sahaja. Selain itu aplikasi Yodoo juga dilihat masih belum boleh digunakan.

Perkhidmatan sedang dibaik pulih secara berperingkat

Menerusi satu lagi perkongsian, Yodoo menjelaskan mereka ketika ini sedang menjalankan proses pemulihan secara berperingkat kepada semua penggunanya dan berterima kasih di atas kesabaran orang ramai.

Mereka sebelum ini ada memaklumkan akan mengadakan aktiviti penyelenggaraan berjadual pada 17 -19 Mac 2021 namun ianya tidak akan memberikan impak kepada penggunanya dari segi penggunaan data, mesej dan juga panggilan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.