fbpx
Now Reading
Twitter Lancar Perkhidmatan Berbayar ‘Twitter Blue’, Banyak Ciri Antaranya Pengguna Boleh ‘Undo’ Ciapan

Twitter Lancar Perkhidmatan Berbayar ‘Twitter Blue’, Banyak Ciri Antaranya Pengguna Boleh ‘Undo’ Ciapan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman yang serba canggih ini, media sosial giat memainkan peranan penting untuk menyalurkan berita semasa, kekal berhubung dengan orang lain dan sebagainya. 

Salah satu platform yang paling membantu adalah Twitter. Kebiasaannya ia digunakan oleh golongan muda untuk membuat pelbagai jenis perkongsian.

Foto: Twitter for Business

Baru-baru ini, Twitter telah melancarkan khidmat pelanggan berbayarnya yang pertama iaitu Twitter Blue. Pelbagai jenis features baru telah diperkenalkan melalui perkhidmatan ini.

Berharga RM12.90

Hanya dengan AS$2.99 (RM12.90) setia bulan, pengguna boleh customize warna aplikasi, ‘undo send’ ciapan dan menyusun ciapan dalam fail untuk memudahkan pencarian.

Menerusi carian kami di iOS App Store, Twitter Blue sudahpun boleh didapati di bahagian In-App Purchase dan servis itu sudah mula dilancarkan pada 3 Jun yang lalu.

Untuk feature ‘undo’, pengguna mempunyai masa sehingga 30 saat untuk mengubah atau membatalkan ciapan.

Namun Twitter menjelaskan bahawa ianya bukanlah butang edit dan pengguna tidak boleh menyemak semula ciapan selepas tempoh ‘undo’ berakhir.

Selain itu, blogger teknologi, Jane Machun Wong yang merupakan orang pertama yang mempunyai akses Twitter Blue turut menerangkan bahawa servis itu membenarkan pengguna untuk customize warna dan ikon aplikasi.

Tambahnya lagi, Twitter Blue juga menawarkan feature ‘Reader Mode’ untuk memudahkan bacaan bebenang.

Malah Wong turut berkongsi screenshot ‘Collections’ di mana pelanggan boleh menyimpan dan menyusun ciapan dalam fail untuk memudahkan pencarian.

Foto Kredit: Lowyat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.