fbpx
Now Reading
Elak Virus , Ini Cara Sebenar Memakai Mask Oleh Doktor Pakar dari WHO

Elak Virus , Ini Cara Sebenar Memakai Mask Oleh Doktor Pakar dari WHO

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2534526710170519/?type=3

Kebanyakan rakyat Malaysia semestinya peka dengan penyebaran wabak Coronavirus yang kini semakin merebak ke seluruh dunia. Wabak yang berasal dari bandar Wuhan, China ini pastinya meresahkan semua orang.

Ekoran dari itu, Kementerian Kesihatan dari setiap negara termasuk negara kita telah menyarankan beberapa panduan dalam mengawal virus ini dari berjangkit dan terus merebak antaranya dengan mengurangkan aktiviti di tempat sesak, mengerapkan aktiviti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer dan yang paling utama iaitu pemakainan face mask atau dalam bahasa melayunya topeng muka.

Namun tak semua orang tahu cara sebenar memakai topeng ini bukan?

Jika tahu pun kadangkala jadi keliru disebabkan lambakan info tidak tepat dan mengelirukan yang di kongsikan tanpa usul periksa di media sosial dan aplikasi chatting.

Foto : Quartz

Terbaru seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Prof. Seto Wing Hong tampil mengajar cara yang betul dalam untuk memakai topeng muka jenis ‘pembedahan’.

Saksikan video demonstrasi tersebut yang dikongsikan oleh Bloomberg menerusi laman Facebook Quicktake by Bloomberg

Coronavirus: How To Wear A Mask, According To WHO Expert

Wearing a face mask does help if you do it properly.Seto Wing Hong of Hong Kong University demonstrates the correct way to wear a face mask amid the coronavirus outbreak.

Posted by QuickTake by Bloomberg on Friday, January 24, 2020

Bagi memudahkan anda, dibawah kami senarai turutan langkah-langkah yang telah dikongsikan oleh Prof Wing Hong :

1. Pastikan anda mempunyai topeng muka yang betul. (Sambil menunjukkan topeng yang ada di tangannya sebagai topeng yang betul)

“ Satu Bahagian berwarna biru, ia perlu berada di luar kerana ia kalis air. Dan satu lagi adalah bahagian berwarna putih dengan fungsi untuk menyerap. Jadi sekiranya saya batuk, bahagian ini akan menyerap,” katanya.

2. Kemudian, anda perlu memakainya sebegini. Dengan bahagian yang berwarna biru di hadapan( menghadap luar) dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan ‘strip’ di bahagian paling atas menutup bahagian hidung sebelum anda menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini katanya adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Cara membuang face mask yang telah guna pakai juga adalah penting demi kebersihan turut pakar itu lagi.

“Diingatkan bahawa topeng yang telah digunakan akan menjadi kotor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan penonton agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Public Health Malaysia dalam masa sama turut memberi panduan cara menggunakan mask tersebut dengan betul dan yang pasti caranya juga adalah sama iaitu :

  1. Bahagian berwarna di luar
  2. Topeng mesti menutup hidung dan mulut
  3. Tekan bahagian berwayar di hidup (demi memastikan topeng mengikut bentuk hidung anda)
  4. Ikat dan pakai dengan kemas

Sumber Foto: Tech Arp

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.