fbpx
Now Reading
Birthday Dah Dekat? Ini Antara Top 10 Hadiah Perempuan Pasti Suka

Birthday Dah Dekat? Ini Antara Top 10 Hadiah Perempuan Pasti Suka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang memiliki teman rapat perempuan ataupun girlfriend, pasti mengalami detik cemas bila tiba harijadi mereka, bukan? Mestilah korang kena prepare hadiah tapi tak tahu nak bagi apa? Aduh!

Walaupun pada korang nampak simple, tapi bagi mereka sangatlah besar ertinya kerana perempuan sangat sulit untuk difahami. Jadi bagi mengelakkan hal tersebut menjadi besar. Jom ikuti kami untuk mengetahui barang apakah yang perempuan suka.

#1 TUDUNG

Kredit: TudungPeople
  • Untuk korang yang ada kawan pakai tudung tu bolehlah bagi hadiah tudung kepada mereka. Lagi-lagi kalau girlfriend atau kawan korang tu hijabista. Memang sesuai sangat.
  • Tapi untuk elakkan korang dari kena marah, pilihlah tudung yang sesuai dengan korang kalau tak habislah korang.

#2 KASUT

Kredit: charles&keith
  • Bagi yang memang sukakan kasut terutamanya flat shoes atau sneakers ni bolehlah korang fikirkan nak bagi hadiah ini dekat mereka.
  • Lagi pula, kasut memang satu keperluan kerana ia digunakan untuk bergerak ke mana saja.

#3 HANDBAG

Kredit: charles&keith
  • Barang ini amat diminati oleh kaum perempuan sebab ia merupakan salah satu aksesori yang wajib bagi mereka.
  • Tapi korang kena bijak bila memilih handbag perempuan ini kerana jika korang hanya memilih disebabkan cantik, rugi sajalah kerana apa guna bawa handbag tapi phone dengan purse tak boleh letak, kan?

#4 MAKE UP

Kredit: The Jakarta Post
  • Jika si pemakai memang menggunakan make up, mereka sangat menghargai anda kalau menghadiahkan mereka set make up.
  • Lebih best lagi kalau kita hadiahkan jenama make up yang dipakai.
  • Tapi bersedialah duit berterbangan sebab pastinya bukan satu tapi lebih ikut keadaan.

#5 SMART WATCH

Kredit: Prozis
  • Zaman sekarang banyak yang dah menjual smart watch di media sosial, kan? Apa kata kalau korang hadiahkan satu smart watch untuk mereka sempena harijadi. Selain bagi hadiah, diorang juga boleh menjaga kesihatan mereka.
  • Ia juga menunjukkan korang sangat perihatin terhadap kesihatan pasangan atau kawan korang.

#6 WIRELESS EARPHONE

Kredit: Luxe Digital
  • Wireless earphone sekarang ini menjadi keutamaan ketika ini. Tak perlu susahkan diri kena pakai cable, sekarang hanya letak dah mampu dengar lagu. Hebat kan?
  • kalau korang belikan hadiah ini tak rugi pun sebab memang dah jadi keperluan, betul tak? Dengan kelas online lagi, borak dengan korang lagi. Memang berbaloi pun untuk zaman sekarang ini.

#7 PERFUME

Kredit: Allure
  • perempuan ni kalau boleh sentiasa nak dalam keadaan wangi saja. Tapi sebenarnya semua pun macam tu.
  • Nak lagi best, korang hadiahkan perfume favourite diorang supaya pasangan korang sentiasa wangi bila dekat dengan korang.

#8 COKLAT + BUNGA

Kredit: PengantinBaru.com.my
  • Bunga merupakan lambang korang menghargai pasangan korang tak kira umur sekali pun akan menyukai bunga kerana ia mempunyai makna yang tersembunyi. Untuk memahami maksud tertentu, korang kenalah google sendiri.
  • Tapi bagi yang kurang mengemari bunga, korang boleh berikan coklat sebagai ganti kepada bunga. Ini kerana mereka lebih gemar memilih benda yang boleh dimakan.

#9 BOTOL AIR

Kredit: ProductNation
  • Korang juga boleh bagi botol air sebagai hadiah harijadi sebab ia boleh digunakan jika mereka ke kelas ataupun ke tempat kerja.
  • Air sangat penting bagi diri kita supaya kekal hidrat, ingat tu!
  • Jadi tak salah pun kalau korang belikan botol air kerana mereka akan menganggap korang menjaga kesihatan mereka.

#10 NETFLIX GIFT CARD

Kredit: Lowyat.NET
  • Mungkin hadiah ini lebih digemari dan mengalahkan senarai hadiah yang lain kerana kebanyakan remaja sekarang sudah menonton drama atau filem di Netflix dan bukan lagi di kaca TV.
  • Korang boleh berikan hadiah ini kepada mereka agar mereka boleh melanggan secara bulanan dan mungkin korang boleh tonton bersama-sama, kan?

Berikut merupakan senarai yang sudah kami kongsikan kepada anda semua. Harap ia dapat membantu anda dalam memilih hadiah harijadi bagi kawan perempuan atau girlfriend sendiri. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.