fbpx
Now Reading
Mahu Berubah? Ini Antara 10 Tips Kurus Dengan Sihat & Cergas

Mahu Berubah? Ini Antara 10 Tips Kurus Dengan Sihat & Cergas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak korang lihat di media sosial, rata-rata ramai yang menunjukkan tips menguruskan badan dengan menggunakan produk khas bagi mengawal pemakanan selain menguruskan badan dengan hanya beberapa hari. Betul tak?

Namun, tidak pula kita lihat tips menguruskan untuk di bahagian tertentu seperti peha, lengan dan juga pipi. Tanpa disedari bahagian yang disebutkan itulah menjadi punca kerisauan bagi setiap wanita yang mengalami masalah ini. Tiap kali ke cermin mesti akan membelek badan kita hingga menyebabkan kita mula bimbang untuk berdepan dengan orang.

Jadi, disini kami cuba berkongsikan tips bagaimana cara untuk kurus secara semulajadi tanpa perlu minum atau makan produk kesihatan lagi. Kita hanya perlukan sedikit masa untuk menjayakan misi itu. Lebih baik mencuba daripada tidak, kan?

#1 SETKAN MINDA ANDA UNTUK KURUS

Kredit: Neuroversiti
  • Jika anda sudah membuat keputusan muktamad untuk kurus, anda perlu bersungguh-sungguh menjayakannya.
  • Anda perlu setkan fikiran minda dan matlamat anda mengapa anda perlu kurus dan ambil komen negatif itu sebagai pembakar semangat anda.
  • Anda perlu meletakkan misi anda untuk kekal sihat bukan demi untuk terlihat cantik dan langsing semata-mata.

#2 PELAJARI ILMU TENTANG KALORI

Kredit: Khalifah Media Networks
  • Korang tahu tak, ketika kita dalam keadaan tidur mampu membakar kalori lebih banyak?
  • Nak kurus ni mudah saja, korang hanya perlu ambil kalori yang diperlukan untuk setiap hari.
  • Sebagai contoh, kalau korang hanya perlukan 1,300 kcal sehari, jangan pula makan sampai 2,500 kcal pada hari itu.
  • Tapi kalau korang ambil kurang dari 1,000 kcal akan menyebabkan korang berasa lapar dan tidak bertenaga.
  • Jadi cuba korang ambil dalam 1,000 hingga 1,300 kcal, tapi setiap orang berbeza-beza. So, cubalah google untuk dapatkan lebih banyak maklumat tau!

#3 MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Kredit: Tribun Jogja
  • Ini bermaksud, korang hanya perlu makan sikit-sikit tapi banyak kali dan bukannya makan sekali banyak terus.
  • Pastikan korang simpan biskut dalam handbag jika perlu tapi pastikan juga ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi ya.

#4 ELAKKAN MAKAN PADA WAKTU MALAM

Kredit: Nona
  • Bab ini kami pasti masih ramai yang makan ketika waktu malam kan? Tapi, lebih bagus kalau korang makan sebelum atau selepas Maghrib.
  • Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan.
  • Bayangkan korang makan pukul 10 malam dan perlu berjaga sehinggan pukul 2 pagi untuk perut kita hadam makanan dengan betul. Tapi kalau terus tidur pukul 12 malam itu alamatnya jadi lemak sajalah. Sia-sia usaha kita selama ini.

#5 ELAKKAN MAKAN DAN MINUMAN BERGULA

Kredit: Maskulin
  • Bukan sahaja untuk warga tua yang ada masalah diabetes tapi semua peringkat umur tau!
  • Elakkan minum minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan cukup sekadar mengambil air masak sahaja.
  • Tabiat minum air manis perlu dibuang.

#6 TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK

Kredit: DokterSehat
  • Kalau pergi Giant atau Tesco, korang pernah tak tengok apa kandungan makanan pada bungkusan itu? Kalau korang seorang yang teliti pasti menyedari berapa banyak kalori sudah korang ambil.
  • berbalik kepada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambulan lemak.
  • Tentu selepas ini korang akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?

#7 BANYAKKAN MAKAN BUAH

Kredit: Grid Fame
  • Cara kuruskan badan dengan efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan.
  • Bukan epal atau blueberry sahaja, tapi buah-buahan macam pisang terlalu banyak khasiat.
  • Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan antik-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

#8 BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Kredit: Babab.NET
  • Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya minum 8 gelas air sehari sudah cukup.
  • Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin itu keluar melalui air kencing, minum saja air masak.
  • Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

#9 BANYAKKAN BERJALAN DAN BERJOGGING

Kredit: Enjoy Healthy Life
  • Tidak pergi gym pun tak apa asalkan kita selalu bergerak. Kalau selalu berjogging juga lebih baik.
  • Sebaik-baiknya buat senaman selama 30 hingga 40 minit.
  • Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina.
  • Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Ia akan membantu badan jadi lebih ringan.

#10 BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL NAK KURUS

Kredit: Aristha Hoobata
  • Selain set minda untuk kurus, korang juga harus konsisten atau istiqamah dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
  • Tak guna kalau exercise seminggu tapi selepas itu kembali sifat malas dan duduk selama sebulan.
  • Tak guna juga kalau diet seminggu, tapi melantak 3 hingga 4 bar. Tepuk dada tanya nafsu.

Jadi ini adalah tips yang perlu ada bagi yang mahu kuruskan badan secara semulajadi dan sihat. Tapi semuanya bergantung kepada disiplin diri kita juga. Kalau masih pening lagi, bayar sajalah RM10,000 untuk upah personal trainer di gym korang.

Tapi janganlah percaya kepada pil atau ubat untuk menguruskan badan. Bukan mudah untuk badan kita terus kurus dan langsing dalam masa beberapa hari atau minggu ya! Tak usah untuk cuba-cuba ambil pil kurus macam “Amphetamine” kerana ia akan membahayakan kesihatan diri sendiri. Tapi ubahlah cara hidup dan lifestyle korang agar kekal sihat dan cergas tanpa sebarang ubat. Ayuh ubah!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.