fbpx
Now Reading
Ini Resepi Mudah & Simple Pizza Ala Restoran Mahal Dekat Rumah Saja

Ini Resepi Mudah & Simple Pizza Ala Restoran Mahal Dekat Rumah Saja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi penggemar pizza sudah tentunya sudah merasai pelbagai jenis pizza yang terdapat di Malaysia. Namun belum mempunyai kesempatan untuk belajar cara membuat pizza di rumah kan? Apa kata korang cuba belajar cara membuat pizza ala restoran mahal yang sering korang kunjungi tu.

Resepi kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara membuat pizza ala restoran mahal dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur rumah kita. Resepi ini dikongsikan oleh Sis Mai kita dari cookpadie.

Jom intai sikit!

RAMUAN PIZZA BASE

  • 250g tepung gandum cap ros
  • 125g air sejuk
  • 2 sdt yis
  • ½ sdt garam
  • 1 ½ sdb gula
  • 20g marjerin
  • ½ sdt double action baking powder
  • 5g cream super

BASE SAUCE

  • 3 sdt susu pekat
  • 4 sdb sos tomato life

TOPPING

  • 8 batang sosej
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos thousands island
  • Sos cheese sweetbear
  • ½ sdb pizza spice

CARA MEMBUAT PIZZA

  • Masukkan semua bahan doh dalam breadmaker bowl. Pilih fungsi knead atau dough. Tekan start
Kredit: Cookpad/ Mai Belajar Masak
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Rounding dan canai nipis agak-agak muat dulang 8 inci
Kredit: Cookpad/ Mai Belajar Masak
  • Letakkan toping. Rehatkan selam 30 mini dan bakar pada suhu 170°c selama 20 minit
Kredit: Cookpad/ Mai Belajar Masak

Hasilnya akan terlihat seperti ini:

Kredit: Cookpad/ Mai Belajar Masak

Macam mana mudah tak resepi yang kami kongsikan tadi? Kalau suka, korang bolehlah cuba buat dekat rumah sambil makan-makan pada waktu petang bersama keluarga tersayang. Terutamanya, anak-anak pasti mengemari menu ini jika disajikan kepada mereka. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.