fbpx
Now Reading
Ini Resepi Mudah Buat Unicorn Cheesecake Viral Dekat Rumah

Ini Resepi Mudah Buat Unicorn Cheesecake Viral Dekat Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selama ni korang hanya nampak normal cheesecake je kan? Haa… tapi tak pernah nampak cheesecake yang orang buat warna warni kan, betul tak? Jadi jangan terkejut kalau kami nak share sikit resepi membuat unicorn cheesecake viral ni dekat korang!

Cara pembuatan kek ini yang simple membuatkan kami teringin nak kongsikan dekat korang dekat sini. Nanti mana tau korang boleh buat kek ni sebagai pencuci mulut untuk family kan? Jadi tunggu apa lagi, jom ikut kami!

UNICORN CHEESECAKE VIRAL

Kredit: Facebook/ @rezekidapurkita

BAHAN UNTUK KEK VANILLA

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu segar atau susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan ovelatte
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

CARA BUAT

  1. Masukkan (telur, gula pasir, minyak masak, susu segar/susu cair, esen vanilla, ovelatte) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
  2. Bila sudah kembang, masukkan tepung gandum dan baking powder dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Kukus kek sehingga masak.

BAHAN UNTUK CHEESE

  • 250gram cream cheese
  • 1 cawan whipping cream (anchor)
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan susu pekat manis

CARA BUAT

  1. Masukkan ke semua bahan didalam blender dan kisar sehingga menjadi gebu.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dengan warna pilihan.

BAHAN HIASAN

  • Parutan cheddar cheese
  • Deco sugar

Hasilnya akan jadi seperti ini:

Kredit: Facebook/ @rezekidapurkita
Kredit: Facebook/ @rezekidapurkita

Kredit: Rezeki Dapur Kita

Haa.. macam mana senang kan cara buat kek ni? korang dah bolehlah cuba resepi membuat unicorn cheesecake viral ni nanti dekat rumah ya. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.