fbpx

Guna Kayu Manis Untuk Rawat Sakit Mata Si Kucing [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata pencinta kucing pastinya berasa risau sekiranya kucing kesayangannya jatuh sakit kan? Bahkan mereka sanggup berhabis beratus ringgit demi merawat sakit si bulus betul tak? Tapi, tak ada ke cara mudah untuk mengubati sakit mata kucing ini ya?

Antara simptom kucing korang mengalami penyakit ini ialah matanya akan mula berair. Bagi mengelakkan sakit mata kucing korang semakin teruk, apa kata amalkan tips ini dengan hanya menggunakan kayu manis sahaja.

Kredit: TikTok/ @matlaga

Ianya merupakan cara tradisional dalam merawat sakit mata kucing, sebab tu jarang tengok orang dulu-dulu bawa pergi klinik kan!

Petua ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @matlaga. Video tersebut berjaya mendapat jumlah tontonan melebihi 248.6k di akaun TikToknya itu.

CARANYA IALAH:

  • Rebuskan kayu manis sehingga mendidih.
  • Tunggu air rebusan tersebut sejuk dan bertukar kepada warna coklat.
  • Kemudian ambil tisu atau kapas dan celupkan ke dalam air tersebut dan lapkan ke mata kucing kesayangan korang.
Kredit: TikTok/ @matlaga

P/s: Hasilnya nanti mata si kucing akan menjadi kering dan tidak lagi berair.

Kalau sakit mata kucing korang tak terlalu teruk bolehlah cuba petua ini sebab murah dan lagi berbaloi. Tapi kalau mata si bulus jadi semakin parah dan tak pulih dalam jangka waktu yang panjang, terus bawa ke klinik dan berjumpa dengan doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Ingat jangan dibiarkan terlalu lama, takut menyesal di kemudian hari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.