fbpx

Ini 11 Tips Mudah Hilangkan Kelemumur Dari Kulit Kepala Secara Semula Jadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Selain masalah keguguran rambut, pasti ramai yang mengalami masalah kelemumur di bahagian kepala kan? Tapi tak ramai yang tahu bagaimana caranya untuk menghilangkan kelemumur selain merawat kulit kepala kita betul tak?

Jadi, jom ikuti kami kerana kami bakal berkongsikan tips cara menghilangkan kelemumur secara semulajadi. Yang paling penting ianya cepat dan mudah tau!

Tapi, sebelum itu mari kita kenali apa itu kelemumur. Kelemumur merupakan sejenis penyakit kulit kepala yang kronik dimana ianya berlaku apabila kulit kepala kita terlalu kering ataupun berminyak.

Ia boleh mengakibatkan penghasilan kulit mati yang terlalu banyak di kulit kepala kita, manakala minyak yang dihasilkan akan menyebabkan sel-sel mati melekat bersama sehingga membentuk keping putih (kelemumur).

INI BAHAN YANG MAMPU MENGHILANGKAN KELEMUMUR DI KEPALA SECARA SEMULA JADI, CEPAT DAN MUDAH

Foto sekadar hiasan. Kredit: Wanista.com

#1 LIDAH BUAYA

Kredit: KlikDokter
  • Lidah buaya sememangnya banyak manfaat dan sangat berguna kepada kita kerana ianya mengandungi aloe vera.
  • Selain menghitamkan rambut, membuat rambut berkilau, mencegah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut, ianya juga boleh digunakan bagi menghilangkan kelemumur secara semula jadi.
  • Cara membuang kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Haluskan isi lidah buaya secukupnya.
    2. Sapukan secara rata pada permukaan kulit kepala.
    3. Urut perlahan-lahan agara meresap ke kulit kepala kita.
    4. Biarkan selama 30 minit.
    5. Bilas dengan air sehingga bersih.

#2 DAUN DURIAN BELANDA

Kredit: Cats FM
  • Selain daun ini digunakan untuk tujuan kesihatan, ia juga dapat digunakan untuk menghilangkan kelemumur di kulit kepala kita.
  • Daun ini beracun untuk serangga ataupun parasit sebab itu ia dapat menghalang dan membasmi kutu dan juga kelemumur sekali tau!
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sediakan beberapa daun durian belanda.
    2. Tumbuk sehingga hancur.
    3. Tambah sedikit air.
    4. Gunakan sebagai masker pada rambut.
    5. Sapukan secara merata.
    6. Biarkan selama 30 minit.
    7. Bilas dengan air sehingga bersih.

#3 LIMAU NIPIS

Kredit: Nona
  • Vitamin C yang terdapat dalam limau nipis ini dapat menggalakkan pertumbuhan akar rambut.
  • Anda boleh menggunakan limau nipis untuk menebalkan rambut.
  • Ia juga boleh digunakan di bahagian kulit kepala untuk menghapuskan kelemumur dari kepala anda.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Perah jus limau nipis.
    2. Campurkan jus limau nipis dengan air yang mencukupi.
    3. Sapukan pada rambut.
    4. Biarkan seketika untuk meresap dibahagian kulit kepala.
    5. Bilas dengan air bersih.

#4 LEMON

Kredit: Live Science
  • Korang juga boleh gunakan lemon untuk menghilangkan kelemumur dan rambut gugur secara semula jadi.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Perah lemon sehingga keluar jus.
    2. Campurkan jus lemon dengan air yang mencukupi.
    3. Sapukan pada rambut.
    4. Biarkan seketika untuk meresap dibahagian kulit kepala.
    5. Bilas dengan air bersih.

#5 MINYAK HAZELNUT

Kredit: IDN Times
  • Korang juga boleh gunakan apa-apa produk yang mengandungi minyak hazelnut didalamnya untuk menghilangkan masalah kelemumur korang.
  • Cara ini tidak akan merosakkan rambut korang jadi korang tak perlu risau kalau mahu menggunakannya.

#6 MINYAK ZAITUN

Kredit: DoctorOnCall
  • Bukan sahaja minyak hazelnut, minyak zaitun juga merupakan cara mudah dan semula jadi untuk menghapuskan kelemumur di kulit kepala.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sapukan minyak zaitu pada kulit kepala secara merata.
    2. Urut ringan di kulit kepala supaya minyak zaitun meresap.
    3. Biarkan selama 30 minit.
    4. Bilas dengan air suam.

#7 MINYAK ALMOND

Kredit: Supplier Kacang Almond
  • Minyak almond ini juga boleh menghapuskan kelemumur secara semula jadi, cepat dan kekal.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sapukan minyak badam pada kulit kepala secara merata.
    2. Urut ringan pada kulit kepala untuk menghilangkan minyak badam.
    3. Biarkan selama 30 minit.
    4. Bilas dengan air suam.

#8 CUKA

Kredit: IDN Times
  • Pelik kan bila dengar cuka boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur kerana cuka biasanya digunakan untuk bahan makanan saja.
  • Korang boleh menggunakan cuka untuk menghapuskan kelemumur, tapi hati-hati jangan terlalu berlebihan.
  • untuk hasil yang maksimum, lakukan selama 2 kali seminggu.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sediakan 1 sudu teh cuka.
    2. Sapukan secara rata pada kulit kepala.
    3. Biarkan beberapa saat.
    4. Bilas dengan air sehingga bersih.

#9 BAKING SODA

Kredit: Healthline
  • Baking soda sememangnya boleh membantu menghapuskan kelemumur secara semula jadi, cepat dan kekal.
  • Cumanya, jangan gunakan baking soda terlalu banyak dan terlalu kerap.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sediakan 1/2 sudu teh baking soda.
    2. Larutkan air sehingga menebal.
    3. Sapukan secara rata pada kulit kepala.
    4. Biarkan beberapa saat.
    5. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

#10 BAWANG

Kredit: Rasa Nak Masak – blogger
  • Kalau dulu korang pernah tengok orang dulu-dulu letakkan bawang merah yang dah ditumbuk ke kepala bayi memang ada petua itu.
  • Ianya adalah untuk membuatkan rambut menjadi padat.
  • Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghapuskan kelemumur secara semula jadi.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sediakan bawang.
    2. Kupas kulit, kemudian bersihkan.
    3. Sapukan secara rata pada kulit kepala.
    4. Biarkan sebentar.
    5. Bilas dengan air bersih.

#11 GARAM

Kredit: Umpan
  • Selain ianya digunakan sebagai bahan di dapur. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur di bahagian kulit kepala. Sifat skrub pada bahan ini dapat mengangkatkan sel kulit mati dari kepala kita.
  • Cara menghilangkan kelemumur degil dengan menggunakan bahan ini:
    1. Sediakan garam secukupnya.
    2. Gosok garam pada kulit kepala.
    3. Biarkan sebentar.
    4. Bilas dengan menggunakan air sehingga bersih.

Haa… Macam mana dengan tips yang kami kongsikan mengenai cara menghilangkan kelemumur dari kulit kepala secara semula jadi? Okay tak? Yang paling penting ianya mudah dan cepat tau! Semoga tips ini bermanfaat buat korang semua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.